6 Step Mudah Dan Pantas Susun Baju Anak Untuk Dibawa Ke Rumah Pengasuh Atau Nursery

Assalamualaikummm

Untuk entry kali ni, Olin nak share, macam mana ye Olin buat untuk mudahkan kerja and cepatkan urusan Olin setiap pagi untuk uruskan anak-anak.

Olin memang hantar Hanin dan Nafisa ke pengasuh. Sebab my daily routine kalau ada kelas, it would be a full day class (9am-5pm). Kalau takde kelas pulak, memang Olin akan keluar dari rumah untuk urusan bisnes. Yelah, being a mompreneur kan, jual Premium Beautiful Corset pulak, kena lah keluar untuk pakaikan client korset and bagi servis terbaik pada client. Selalu juga orang tanya kat Olin, yeke pakai Premium Beautiful ni boleh kurus? Serius uols boleh baca kat sini kalau uols nak tahu betul ke tak kan.. 

And biasanya kalau Olin tak keluar rumah pun, Olin masuk office online, and menghadap tuanku laptop. So my weekdays routine memang pack..

I’m lucky to have a very helpful husband, tolong basuhkan and sidaikan baju. My job would obviously be lipat baju lah kan. Haha

So selalunya apa yang kami akan buat ialah begini:

1. My husband normally akan basuh baju anak-anak on Friday or Saturday. On weekly basis je. Jimat air, jimat letrik. Kalau baju yang ada kotoran degil atau kena air kencing ke apa, dah bersihkan siap-siap and asingkan. So bila siap basuh sidai semua, biasanya Olin akan lipat hari Sabtu atau Ahad. Kalau weekend tu ada keluar urusan bisnes atau balik kampung ke, Olin akan lipat Ahad waktu malam sebelum tidur.

2. Masa Olin lipat tu, Olin dah siap-siap susun baju Hanin dua pasang (siang dan malam), and Nafisa punya pun sama. So akan ada empat pasang baju lah in total.

3. Duplicate empat pasang tadi untuk lima hari bekerja. Isnin sampai Jumaat.

4. Bungkus dalam plastik saiz sederhana macam ni. Nampak sangat plastik SHOM banyak sangat kan sampai guna buat bungkus baju anak. Haha

5. Simpan setempat dalam laci baju anak.

6. So, pagi-pagi just tinggal ambil satu plastik ikut harinya dan capai diapers secukupnya. Biasa empat keping je each of them. So total lapan keping lah.

Senang kan? 

Yang sebenarnya Olin baru je start buat ni bulan lepas. Mak Olin yang cadangkan masa dia duduk rumah Olin (biasa laa saje datang nak duduk dengan anak cucu sekali sekala heheh). Sebab duk tengok Olin hari-hari kemas baju budak-budak ni. Brilliant kan idea mak kita. Memang mudahkan kerja. Konsep dia, jangan buat kerja dua tiga kali. Mana yang patut sistematik, sistematikkan. Gituhh

Olin tak tahu lah kalau mak-mak yang baca ni dah pernah buat ke tak, apa yang Olin buat ni. Tapi kalau belum, serius uols patut cuba buat. Memang mudah and cepat! Takdelah pepagi buta nak jadi Hulk kan. Hahahah..

And ada sebab Olin bungkus dengan plastik tau. Plastik tu nanti pengasuh boleh buat letak baju kotor anak kita tu nanti. Biasanya pengasuh anak Olin memang tak basahkan baju kotor tu. Siap dia lipat kemas masuk plastik tu lagi tau. Dia pun sistematik juga nampaknya. Ahaks!

Benda baik patut disebarkan, kalau uols kenal kawan-kawan yang ada anak kecil dihantar ke pengasuh atau nursery, memang boleh suggest buat macam ni juga. InshaaAllah, mudah-mudahan dapat lah Mak Olin pahala bagi idea tu kan.. heheh 

Okay uols! Next time Olin share tips lain pulak kayyy

xoxo,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. Artikel yang menarik dan sangat menambah wawasan saya mengenai baju anak, inshaa Allah saya akan rekomendasikan website ini ke teman teman saya, terima kasih banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *