Alkisahnya Dulu I Pernah Berniaga Online Jual Mesin Cabut Bulu

Dulu kan, i selalu bayangkan yang nanti i akan ada kedai sendiri. Tapi i nak kedai tu online je, sebab sejenis i ni tak suka nak bercakap depan orang dan ajak orang beli, yang sebenarnya tak reti. Takut pun ada.. hahaha. Kalau tulis copywriting takpe😅🙄

.

Tu yg fikir, baik meniaga online. Bayar Facebook Ads (benda ni kalau takde ilmu baik jangan buat), dapat sales, tak payah susah-susah nak jumpa customer pun sebab boleh poslaju je barang. Nowadays zaman dah berubah, customer sekarang semakin educated, dan rata-ratanya akan suka beli dengan orang yang dikenali, trusted, dan pakar.

.

Dari mana datangnya kepercayaan ni? Mostly dari:

👍🏻 akaun social media yang genuine dan aktif (maksudnya akaun ini orang yang betul bukan kucing ke bunga ke kartun ke)
👍🏻 proven sales track record (ada pergi buat aktiviti sales, ada gambar pergi pos barang, ada gambar COD, etc.)
👍🏻 review customer, feedback, testimoni, etc.

 

.

Tahun 2013 kot masa tu i started my online business. Sebenarnya dah mula awal lagi berniaga jadi dropship tak bertauliah jual kuih untuk makcik i kat office dulu kat Menara Dayabumi (kisah talam seri muka ni i pernah cerita dulu). Tapi kali ni nak cerita pasal bisnes online je. Masa tu i pilih niche produk printed wide shawl sebab tengah in trend dan kat malaysia mahal orang jual rm40-rm50 tak masuk postage, ada jugak yang jual rm60 sehelai😏.

.

Tapi i managed dapat kos murah dan dapat jual harga rm39 (kurang seringgit je pun dari harga terendah yang seller lain offer. Nanti ada masa i cerita bab psikologi seller jual harga rm59, 69, 79, 89, 99 kat hujung number harga ni). So laku keras la jugak shawl tu. Bisnes sendiri kan, siap upah cousin jadi model shawl. Masa tu laa baru nak belajar macam mana nak buat tutorial lilit tudung lah, macam mana nak make up lah. Hahaha pengalaman sungguh!

.

Everything about marketing kena buat sendiri. Copywriting belajar dengan adik i yang pergi kelas marketing masa tu. Dia pergi kelas Najib Asaddok kottt, pada i dah power giler dia dapat FB Ads cost less than rm0.05 per engagement. Sejenis i kalau dah nampak benda proven success ni i suka follow buat sampai jadi. Memang jadi masa tu i dapat paling rendah rm0.04 tu pun dah syukur banyak la sebab bukannya pi kelas bayar beribu-ribu ringgit macam adik i pergi tu😂

.

Dari situ i belajar buat FB Ads dan tahu serba sedikit nak target niche market macam mana. Lepas tu i kawen, and company tempat husband i kerja tu ada masalah lewat bayar gaji husband i. And i pregnant pulak. Lagi ligat i kena buat bisnes online tu padahal kat office dah banyak kerja, siap bawak balik rumah kerja office tu. Sampai rumah terbaring-baring ambil gambar dan susun lighting supaya cantik shawl i😅 Macam kelakar pulak bila teringat tapi tulah kan KENANGAN yang buat kita kuat semangat walaupun poket tak berapa nak penuh😭

.

Lepas shawl tu dah tak trending i jual pulak barang baby, baby carrier etc, and barang2 ‘As Seen On TV’, masa tu ada penyedut tahi telinga budak la, mesin cabut bulu hidung pun ada🤣 tak boleh kenang laa mesin cabut bulu tu. Banyak kisah jugak tu. Ada lagi kot seketul mesin cabut bulu tu kat dalam kotak-kotak barang masa pindah dulu. Simpan buat pekasam kot nanti anak cucu bukak kotak boleh laa bagitahu ni antara barang ANTIK yang pernah atok nenek jual dulu kahkah😆😆😆

.

Tapi ilmu Allah tu kan maha luas, kalau kita tak apply konsisten dan hari-hari improve, upgrade ilmu, memang bukan i kata takkan dapat tapi agak lambat sikit nak dapat. Kecuali kalau uols jenis lucky setiap masa, which I am not. Tu laa terjadi bila i stopped setahun lebih dari buat bisnes online tu. Sebab dah tak apply, bukan sebab lupa tapi by the time i nak apply semula, FB dah tak macam dulu. FB Ads pun dah tak macam dulu.

.

#olintales

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.