Baby Perempuan Pun Boleh Kena Penyakit Hernia?

Warkah untuk Nafisa

.

Kisah ni ibu dah pernah cerita di laman Facebook ibu, tak sangka pulak ramai yang mengikutinya. Nafisa anak ibu yang baik, solehah dan mendengar kata. Nafisa dan Kakak Hanin mungkin tak tahu pun kisah ni tapi suatu masa nanti Nafisa akan tahu juga.

.

Part 1

.

Ibu masih ingat ketika umur Nafisa 50 hari, masa ibu dan ayah baru je pindah rumah dari Kepong Sentral ke Bandar Sunway..petang hari tengah kemas-kemas nak pindah tu, Nafisa nangis kuat, lamaaaa sangat. Sejam lebih sampai takde suara…. ibu dan ayah risau sangat, sebab tak pernah jadi macam tu. Hati ibu ni dah pikir macam-macam kot-kot lah ada benda-benda mistik kat rumah baru yang mengikut, ibu tak tahu.

.

Keesokan harinya jadi lagi, masa lepas habis siap pindah rumah, pengasuh Nafisa kata Nafisa nangis lagi sama macam petang hari sebelum tu. Terus malam tu ibu and ayah bawa Nafisa pergi Hospital Selayang, bahagian emergency…..😭

.

Part 2

.

Rentetan sebelum sampai ke Hospital Selayang, petang tu Nafisa nangis kuat sangat. Sebenarnya, hari tu ialah hari kedua hantar kat pengasuh baru tu. Ibu risau sangat, sebab banyak sangat isu pengasuh and nursery dera budak masa tu. Bercampur-baur perasaan ibu…

.

Tetiba tergerak hati nak raba seluruh badan Nafisa. Takut-takut kalau ada kesan jatuh ke apa ke. Umur Nafisa 50 hari je kot, fragile sangat😭. Ibu nak pegang-pegang tekan-tekan badan Nafisa pun ibu rasa aduhai baby kenapa baby nangis sayang😭😭😭 ibu takut sangat, bayangkan perasaan ibu dah la baru lepas bersalin, baru je seminggu habis pantang, dan tengah pindah rumah, penat tak habis lagi. Stress sangat sampai rasa nak meroyan je😭

.

Dalam tengah raba-raba, tetiba ibu rasa something,

.

Part 3

.

Ibu tak tahu kenapa, selama ni masa berpantang kat kampung, tak pernah jadi macam ni pun…..risau giler and tak tahu apa nak buat. Seriously macam lost, macam ibu ni mak tak guna, pujuk-pujuk Nafisa, dukung-dukung pun Nafisa tak berhenti menangis!

.

Dalam tengah raba-raba, ibu rasa something, yang pelik. Ibu baru sentuh jer, belum tekan pun lagi tempat tu, Nafisa dah meraung. Lagi lah ibu gelabah!

.

Nafisa tahu tak, ada macam “telur” sebesar telur puyuh sebiji kat bawah perut Nafisa😱 Nafisa masa tu dah penat meraung-raung sampai dah hilang suara…..dan akhirnya teresak-esak…sedih sangat ibu rasa sayang😭😭

.

Terus ibu sarung tudung, capai kunci kereta. Masa tu lah ibu dan ayah rasa kenapa lah lif rumah ni lambat macam siput babi.

.

Part 4

.

Sampai emergency room Hospital Selayang, ibu bergegas turun kereta tak tunggu ayah Nafisa pun parking kereta, tak tahu lah mana ayah park, tak ambil peduli. Ibu macam berlari pun ada, dah tak ingat badan penat dan baru lepas habis pantang. Nafisa punya pasal. Confirm mak-mak lain yang baca pun mesti setuju dengan ibu kan..

.

Sepanjang perjalanan ke hospital, Nafisa tertidur dalam esakan. Sedih sangat perasaan ibu nak, ibu nangis dalam diam. Takut sangat rasa, rasa nak kejutkan Nafisa dari tidur tu tapi ayah Nafisa tak bagi, katanya “Biarlah, adik penat. Bagi dia rehat”. Ayah tak tahu, ibu fobia tengok drama Melayu, kalau tidur time sakit-sakit takut tertidur terus😭😭😭

.

Ibu pun masuk dan uruskan pendaftaran, kena tunggu setengah jam juga sebab ada lebih ramai pesakit yang lebih kritikal. Dapat je jumpa doktor, ibu syukur sangat. Masa tu Nafisa dah bangun..tapi Nafisa happy-happy je takde sakit teruk macam sebelum tu.

.

Masa doktor tanya kenapa, ibu pun tak tahu nak jawab apa. Ibu cakap je Nafisa nangis kuat dan lama sangat sejam lebih macam tu, sampai takde suara. Ada benjol macam “telur” kat bawah perut sebelah kiri masa Nafisa nangis tu. Lepas habis nangis, “telur” tu hilang. Doktor pun check Nafisa dan tak dapat nak confirmkan. Cuma based on apa yang ibu ceritakan tu, doktor suspect yang Nafisa ada Hernia. Muka ibu masa tu like…what??

.

Bukan Hernia tu budak lelaki je ke yang selalu kena??

.

Part 5

.

Dalam ibu tertanya-tanya tu, doktor bertugas tu pun terus explain apa benda tu Hernia, ibu tanya lagi benda ni angin pasang ke? Are they the same? Dan apa punca, apa cara nak ubat? Doktor kata the best way untuk ubat penyakit ni ialah operation. I was like..what? Sampai kena buat operation?

.

Macam-macam ibu fikir. Dengan nak masuk kerja lagi hari esoknya. Memang ibu takde rehat..like i care. Kena settle dulu bab Nafisa ni, tak habis lagi penat beranak Nafisa tau! 😭 apa-apa pasal anak-anak ibu, ibu mesti emosi punya. Ada ke mak-mak yang tak emosi kalau cerita pasal anak?

.

Sebut pasal emosi, memang masa tu tipu lah kalau ibu kata emosi ibu stabil dan okay saje. Nasib baik ayah Nafisa sangat memahami dan cakap takde pape ni, takde pape. I was on denial stage, mana ada budak perempuan kena Hernia, tak pernah dengar.

.

Doktor kata dia buat jer referral letter untuk check Hernia tu dan kalau perlu, operate terus. Ayah Nafisa tanya, hospital mana area Bandar Sunway yang boleh buat operation tu sebab kita baru pindah situ, and what would be the cost. Ada lah few hospitals yang doktor tu sebut. Ayah yang take note. Ibu macam dah tak boleh dengar sangat. Ibu pergi nyusukan Nafisa.

.

Keluar dari emergency room, terus balik. Dan knowing your mom ni, tak menyempat-nyempat, ibu google penyakit Hernia ni.

.

Nak tahu apa jadi lepas tu?

.

Part 6

.

Ibu macam dah boleh accept sikit yang Nafisa mungkin satu dalam entah berapa nisbah baby di Malaysia ni yang ada Hernia. Tapi ibu macam tak boleh nak brain, memang kena operation jugak ke? Takpe, ibu decide nak tunggu dulu. Siap tanya tokmak tok abah dan keluarga kita yang lain nak mintak pendapat, padahal untuk senangkan hati ibu sendiri. Dalam hati cakap tunggu dulu lah tengok esok macam mana, and ibu start kerja esoknya macam biasa. Tapi mood memang ke laut lah, fikirkan Nafisa kat pengasuh. Bersalah jugak rasanya sebab sangka yang bukan-bukan pada pengasuh Nafisa. Ayah Nafisa setiap jam whatsapp ibu tanya apa keadaan Nafisa kat rumah pengasuh, dia pun risau tapi takkanlah dia pulak nak mesej pengasuh tu ye tak. Tempat kerja ayah agak jauh masa tu, kat Puncak Alam. Dari Bandar Sunway pergi balik akan ambil masa, dengan keadaan jalan yang tak berapa elok dan gelap kalau malam bila ride motor tu agak bahaya. Dia takut kalau apa-apa jadi je kat Nafisa.

.

Mungkin Nafisa terfikir, mana Kakak Hanin dalam story ni? Kakak Hanin actually ada kat kampung since ibu berpantang lagi. Tinggalkan dia sekejap kat tokmak dan tok abah sebab sibuk nak pindah rumah, plannya nak ambil dia semula next weekend bila siap urusan rumah. So itu pun dah satu kesyukuran buat ibu, bila fikir-fikir balik, Allah tu nak bagi ujian kat ibu dan ayah sebab kami mampu.

.

So hari pertama ibu pergi kerja dan tinggalkan Nafisa kat pengasuh tu, okay je takde apa-apa benda pelik berlaku. Sama untuk hari seterusnya, dan hari kemudiannya. Sampai hari keempat, di kala ibu dan ayah dah mula nak rasa lega, pengasuh Nafisa call tengahari tu, cakap Nafisa tengah nangis macam sebelum ni, Hernia tu jadi lagi, dan ibu dengar dari phone call tu suara Nafisa nangis kuat sangat!

.

Macam terenjat sikit jantung ibu tau Nafisa!

.

Part 7

.

Ibu tak tunggu lama, terus call ayah dan cakap dengan boss ibu, nak balik rumah ambil Nafisa dari pengasuh. Lucky that I have a boss yang memahami situasi mak-mak ni (eventhough she’s not even married yet). Sampai rumah pengasuh, memang jelas nampak wajah Nafisa kepenatan, lesu. Mata comel Nafisa sembab. Sedihnya hati ibu nak, Allah je yang tahu.

.

Ibu tak naik pun ke rumah (duduk rumah tinggi-tinggi memang malas nak naik lif). Tunggu ayah kat parking lot jer, nyusukan Nafisa sekerap mungkin. Sambil tu baru nak tanya ayah hospital mana kita nak bawa Nafisa for further check up ni. Tak ambil masa lama nak decide, kami pilih PPUM atas recommendation kawan-kawan, dekat pun dekat dengan rumah, dan ada doktor yang memang pakar bahagian tu.

.

Ibu dah tak berapa ingat sangat details macam mana, kita dapat jumpa doktor dan pung pang pung pang doktor explained, lepas tu doktor suggest buat operation juga. And its not bahagian sebelah kiri saje kena operate, tapi doktor suggest operate dua-dua bahagian kiri dan kanan, untuk reduce probability kejadian tu berulang lagi pada masa akan datang.

.

Ibu dan ayah minta tempoh berfikir, tapi kami set jer tarikh untuk operation, next weeknya. Isnin kalau tak silap tarikh tu.

.

Oh ibu dah ingat, hari ibu ayah bawa Nafisa check up first time kat PPUM tu hari Khamis. Jumaat ibu ambil cuti jaga Nafisa kat rumah, and kerap susukan directly sebab dalam kepala ibu, susu ibu ni penawar untuk baby.

.

Ibu menunggu hari Isnin dengan perasaan yang berdebar-debar, serius tak tenang masa tu. Sebab Nafisa baby sangattt, fragilenya ibu rasa untuk Nafisa masuk operation room, kepala dah bayangkan urat wayar berselirat bagai (padahal takdelah macam tu sekali kot. Ibu awak je over lebih imagine bebukan haha)

.

Sabtu lepas ayah balik kerja, kami plan nak balik kampung jenguk Kakak Hanin dulu, dan nak bawa Nafisa berubat cara kampung, just in case.

.

Tapi Allah tu Maha Kaya, Sabtu tu kita tak dapat juga balik kampung…..ada satu kejadian yang buat ibu trauma, terus rasa insecure..

.

Kenapa Allah bagi semua dugaan ni kat ibu??!

.

Part 8

.

Petang Sabtu tu ibu dah siap-siap dah nak balik kampung. Tinggal tunggu ayah je balik dari kerja. Memang rutin setiap Sabtu balik kampung nak tengok Kakak Hanin. Dia ibu tinggalkan dengan tokmak dan tok abah sejak ibu dapat tahu ibu mengandungkan Nafisa. Masa tu dapat tahu umur pregnancy dah 5 bulan, memang terus terasa badan tak berapa larat nak uruskan Kakak Hanin setiap hari turun naik rumah, drive ke rumah pengasuh and lepas tu nak ke office lagi. Kakak Hanin pulak jenis nak berdukung, dengan berat dia yang agak ehem-ehem tu kan. Walaupun pakai Premium Beautiful masa tu, dah terasa lah tak larat nak bawa Nafisa dalam perut dan nak dukung kakak lagi hahaha. Yes, ibu still pakai PB sampai Nafisa dalam perut dah 5 bulan. Heheh

.

Malam hari Sabtu plan nak balik kampung macam biasa. Selalunya lepas maghrib dah bertolak tapi sampai pukul 8 malam ayah masih tak sampai rumah lagi. Katanya ada konkrit, akan lewat sikit sampai rumah.

.

Ibu tidokan Nafisa dulu, dengan ibu sekali tertido.

.

Sedar-sedar, dah dekat pukul 10 malam. Ibu terus call ayah nak tanya dia dah sampai mana, tapi call tu tak berjawab. Call lagi lepas 5 minit, tak angkat juga. Whatsapp follow up, tak blue tick. Mungkin ayah on the way kot and bateri fon habis, ibu sedapkan hati sendiri.

.

Ibu pun bangun, solat Isyak jap. Usai solat, pegang fon semula, nak call ayah lagi. Risau pulak, yelah jauh tempat kerja dia. Puncak Alam-Bandar Sunway. Bawa motor pulak, kawasan Puncak Alam tu agak gelap juga. But ended up my call masuk voicemail, and sms pun tak received.

.

Ibu call kawan ayah pulak, sama tempat kerja dengan dia. Tak angkat juga, mungkin dah balik, atau dah tido.

.

Mula lah hati perempuan kan, mula fikir yang bukan-bukan, risau dah start datang, serius risau sungguh sebab ayah tak pernah macam ni. Kalau tengah atas motor pun, dia akan terus reply whatsapp sejurus sampai kat parking lot rumah. Lagi-lagi, dia memang tahu condition Nafisa yang bila-bila masa boleh jadi Hernia tu semula.

.

Dalam risau-risau and tak tahu nak buat apa tu, ibu terima return call dari kawan ayah yang ibu call tadi. Cuak nak angkat…. entah kenapa, macam tak sedap hati sangat-sangat. But i picked up his call.

.

“Assalamualaikum Olin. Olin aku nak cakap ni, tapi ko jangan terkejut ke apa dulu tau. Aku dengan Don ni. Bawa dia pergi hospital. Dia accident motor.”

.

Rasa nak luruh jantung ibu kat situ jugak!

.

Part 9

.

“Habis, korang kat mana tu? Don macam mana? Okay ke? Teruk ke accident?”

.

“Takde, dia jatuh motor. Takpe, takpe ko jangan risau Olin. Don dalam bilik doktor tu tengah cuci luka-luka dia.”

.

“Oh okay...”

.

“Nanti aku hantar Don balik, motor dia kat site, tak boleh gerak.”

.

“Okay, thank you tau. Pape bagitahu aku. Tu bila agaknya habis?”

.

“Kejap lagi habis lah ni agaknya.”

.

Seingat ibu macam tu lah lebih kurang perbualan kitorang. Ibu rasa ibu ada call lagi lepas tu tapi kawan ayah tu tak angkat. Agaknya busy uruskan ayah kat hospital tu. Ibu decide tunggu jelah sampai ayah Nafisa balik. Sambil tu mesej tokmak kat kampung cakap tak jadi balik, ayah jatuh motor. Dah pukul 11 malam pun masa tu, ibu nak drive balik kampung pun rasa macam dah takde daya.

.

Dekat pukul 12 tgh malam baru ayah sampai. Kawan dia tak naik rumah, terus balik lepas turunkan ayah kat lif. Nak menitik air mata ibu tengok ayah Nafisa jalan terdengkot-dengkot masuk rumah. Banyak sangat luka-luka. Pipi, pinggang, tangan, lutut, ibu jari kaki, habis calar balar. Calar yang dalam tau, bukan sikit-sikit.

.

Orang kata, suami diuji tahap kesetiaannya masa senang, wanita pulak diuji bila susah. Yeke? I dont really know sejauh mana ayat tu betul atau tidak. Pada ibu, berkahwin atau tidak, Allah tetap akan uji kita.. rahsia Dia je yang tahu.

.

So hari Ahad tu, ibu memang jadi nurse tak bertauliah. Ibu berdoa sangat-sangat masa tu pada Allah, jangan lah Nafisa kena sakit Hernia tu time ibu tengah nak jaga ayah. Mode berjaga-jaga sungguh. Penat pun tak sempat nak rasa, sebab fikir kalau ibu penat, kalau ibu yang sakit, siapa nak uruskan semua ni?

.

Ayah Nafisa tak boleh baring. Tidur dalam keadaan duduk. Setiap kali dia mengerang sakit tu, ibu pulak yang nak menangis. Kalau lah kesakitan tu dapat dikongsi bersama..

.

Isnin tu ibu boleh kata tinggalkan ayah kat rumah lah, sebab check in rumah baru. Wad kanak-kanak kat PPUM.

.

Part 10

.

Check in PPUM ward kanak-kanak. Allahu, ramai lagi patient lain yang lebih teruk dari Nafisa. Buat ibu rasa bersyukur sangat-sangat.

.

Nafisa kena masuk operation room petang tu, tak ingat pukul berapa. Ayah Nafisa dalam sakit-sakit paksa diri drive kereta sebab ibu nak check in ward berapa hari tu, dia kata tak payah parking kereta, susah nak drive balik nanti sendiri, lagi-lagi bawa baby baru lepas operation. Dia boleh hantar and jemput balik. Cuma ayah tak boleh nak bangun keluar masuk kereta laju-laju macam biasa, pergerakan agak terbatas. Itu lah seorang bapa kan, sakit-sakit pun still…demi anak dan keluarganya.

.

Ibu cari jugak mana ibu simpan gambar Nafisa kat dalam ward, tapi tak jumpa. Agaknya dalam fon lama. But i can still remember vividly, baju hijau hospital yang Nafisa pakai. Comel sangat. Tapi kalau ingatkan kenapa Nafisa kena pakai baju tu, terus rasa tak comel. Huhu..

.

Nafisa pulak jenis kalau sakit Hernia tu tak datang, jenis tak nangis langsung. Macam suka je sampai hospital. Nafisa ingat jalan-jalan lah agaknya kot. Siap main kenyit-kenyit mata kat ibu. Ibu pulak asyik peluk awak Nafisa, nyusukan Nafisa kerap lebih dari biasa. Bonding tu yang ibu treasure sangat-sangat, sebab tak semua wanita dapat susukan anak sendiri, which i think that was my real WIN so far, nak menyediakan susu badan yang cukup untuk anak-anak ibu.

.

Sebelum masuk operation room, doktor ada cakap nak masukkan general anesthetics. Ibu pun tak tahu la apa benda term tu tapi tu bius la buat kita tak sedar masa operation. Lepas operation tu nanti bila kesan bius mulai hilang, patient biasanya akan jadi anxious semacam, especially kalau baby and kanak-kanak.

.

Ayah Nafisa ikut hantar sampai luar operation room, tapi slow je dia jalan. Nampak sangat muka dia menahan sakit. Ibu dah kata ibu boleh uruskan sendiri, tapi yelah. Degil juga ayah awak tu Nafisa.. hmm

.

Tapi sebenarnya ibu tahu, ayah tahu yang ibu perlukan dia. Nafisa perlukan dia. Masa Nafisa dah masuk operation room, ibu tunggu kat luar room tu diam-diam selawat zikir and baca Yaasin. Tu jelah yang ibu boleh buat pun. Padahal hati sendiri dup dap dup dap Allah je yang tahu berdebarnya!😭 Nasib baik ada ayah penguat semangat. Masa tu baru ibu sedar, memang patut ayah ada situ. If not kalau ibu sorang-sorang, tak tahu ibu nak buat apa, mesti akan nangis sorang-sorang kat situ😭

.

Hernia ni kalau Nafisa google, macam-macam info yang Nafisa boleh dapat. Basically orang melayu kita panggil angin pasang. Biasa terjadi pada lelaki tak kira dewasa atau kanak-kanak tapi biasanya berlaku pada kanak-kanak dari peringkat bayi lagi. Tapi perempuan pun tak terkecuali.

.

Sebenarnya term “angin pasang” ni tak tepat sebab bonjolan “telur” tu bukanlah angin, tapi sebahagian daripada usus kecil atau besar yang keluar dari abdomen dan terperangkap di luar abdomen.

.

Nafisa boleh baca lagi kat sini
👇🏻👇🏻👇🏻
http://m.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/angin-pasang-undang-bahaya-1.101668

.

Dekat dua jam jugak laa Nafisa dalam operation room tu. Ibu tertunggu-tunggu kat luar pintu tu, dah macam drama swasta pulak. Setiap kali doktor ke nurse ke keluar, ibu pandang macam nak tanya tapi tak tanya. Debor tauu!

.

Sampai lah ada nurse tu panggil.

.

Meluru ibu pergi masuk nak jumpa Nafisa, tapi teringat eh ayah Nafisa tertinggal kat belakang🙈

.

Alhamdulillah, all went well. But Nafisa still tido lagi, kesan bius tu still belum hilang. Doktor benarkan ibu ayah tunggu Nafisa kat situ sampai Nafisa sedar, sebab doktor memang kena monitor Nafisa.

.

Lepas 5 minit baru Nafisa bangun, dan memang betul kata doktor, Nafisa anxious sungguh. Doktor pesan nanti susukan terus bila Nafisa sedar so that awak akan rasa tenang dalam pelukan ibu.

.

Lama jugak nak tenangkan awak tau Nafisa, dekat sejam. Bila nak tanggalkan nyusu tu, awak merengek and menangis lagi. Kesian sangat, fragilenya anak ibu dah masuk operation room.

.

Bila dah okay sikit baru ibu letak Nafisa semula kat katil, sebab nurse nak tolak katil pergi ward.

.

Ibu ikut sekali, dah standby kain baju sebab dah agak akan warded punya at least 1 malam. Memang betul pun.

.

Ibu suruh ayah balik rumah and rehat. Ibu tidur dua malam kat ward. Doktor still tak bagi discharge esoknya tu sebab dia tengok Nafisa macam belum boleh balik, ada term medic yang ibu tak ingat dia sebut apa tapi senang cakap, Nafisa belum boleh balik rumah. Nurse-nurse and doktor kat PPUM friendly sangat, setiap kali datang mesti tegur Nafisa. Yang ibu pelik tu Nafisa siap ketawa-ketawa pulak. Amboi dik, bukan main lagi awak ye..

.

Alhamdulillah, luka jahitan tu pun elok je. Mudah nak diuruskan maybe sebab Nafisa kecik lagi. Tapi sampai sekarang dah dua tahun umur Nafisa, parut jahitan tu still nampak cuma dah pudar warnanya.

.

Still, ibu akan kenang sampai bila-bila. Dengan harapan, anak ibu takkan masuk operation room lagi sebagai patient.

.

The End.

.

******************

.

Kalau korang nak tahu, ini lah antara sebab akak kena buat bisnes Premium Beautiful ni. Sebab masa tu akak tak nampak macam mana lagi nak ada income extra untuk akak ambil insurans untuk anak-anak akak. Nak buat bisnes keluar produk sendiri memang modal besar tu takde lah. Zaman tu orang lain keluar modal jadi founder produk tudung shawl kosmetik baju bagai ratus-ratus ribu ringgit. Akak mana ada modal banyak tu. Dah lah ilmu berniaga pun nan hado.

.

Dulu bergantung sungguh laa pada insurans company tempat akak bekerja. Terfikir kalau company nak tarik atau reduce ke limit insurans then how about my kids and family. I don’t like uncertainty actually, but i’m willing to take risk berniaga dengan stranger masa tu. Sebab akak nampak agent Pb akak tu buat sales Pb ni hari-hari. Cash buyer Pb tu biasa je celah gigi dia. So I don’t think i cannot do apa yang dia dah buat kan. I seek her advice macam mana dia buat bisnes ni, since akak memang dah pakai Pb pun. Alhamdulillah dia tak lokek langsung ilmu dia nak share kat akak. And here I am now, jadi Premium Beautiful Expert dah, just like her.

.

Pada ibu-ibu yang membaca entry akak ni, kalau you all dah pakai Pb, sangatlah rugi kalau you all tak tahu peluang buat duit dari bisnes Pb ni. Sebab senang-senang je you all boleh earn like 4-5 figures income in a month if you know how to do it. Sambil bekerja sambil jadi surirumah pun boleh. And the best part is that, our group Top Leaders Circle is the expert in Premium Beautiful Elegance – Korset FIR (Far Infrared Rays) yang paling best dan paling selesa dipakai seharian! You all search je Premium Beautiful, the first 3 pages tu boleh kata team kami Top Leaders Circle je yang conquer! Alhamdulillah.

.

Nak tahu macam mana nak jana income extra tu? Whatsapp me, kita coffee jom!

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *