Kenapa Dia Buat Dapat, Aku Buat Tak Dapat Pun?

Tak cakap orang lain, melainkan diri sendiri jua.

Dulu masa sekolah kita selalu tengok ada je kawan kita yang lebih bijak, asal exam je A, asal A je exam

Lepas tu bila kita dah masuk alam pekerjaan, kita tengok kawan yang sama masuk kerja dengan kita tu mudahnya lahai naik pangkat, bonus berbulan-bulan, kita bintang-bintang je nampak😅

Ada pulak yang berniaga, nampak kawan sama berniaga asyik dapat customer, dapat buat sales juta-juta. Kita? Kadang dapat, kadang tak. Sales naik turun😅

Allahu. Cliche sangat kalau kita relatekan cerita bab tak dapat-dapat ni dengan hubungan kita dengan DIA, dengan manusia, dengan makhluk Allah yang lain. Tapi itu lah hakikatnya. Memang betul pun, sebab orang yang kuat pegangan dia dengan Maha Pemberi Rezeki ni, dia takkan ada sekelumit pun dalam hati dia, soalan kenapa aku tak dapat-dapat tu.

Kita pernah terfikir tak?

Kawan sekolah kita yang asyik dapat A tu – masa kita sedap tido, dia bersengkang mata study sambil bawak gayung isi air sejuk depan pintu bilik (yelah masa sekolah asrama dulu, lepas kul 11pm kena tutup lampu bilik, lampu koridor je ada😂)

Kawan kita masa kerja tu pulak, berapa banyak dia libatkan diri dalam aktiviti kat office yg bukan kaitan dengan kerja dia, sampai top management nampak his/her executive presence. Kita? Masuk kerja pukul 10am balik pukul 3pm😅 contohhh. Ni bukan situasi orang Malaysia ye.

Bila bisnes pulak, aduhai ni takyah cakap banyaklah kan. Rezeki 100% direct dengan DIA. Kau buat kau dapat. Kalau kau buat tak dapat-dapat tu, check balik tindakan. Mentor kata A kau buat B😅. Ubah strategi, bukan ubah bisnes.

Jaga-jaga hati kita bila kita asyik bertanya Allah kenapa asyik orang lain dapat kita tak dapat-dapat. Takut-takut akidah kita goyah nauzubillah. Zikir astaghfirullah 100x. Mungkin belum rezeki? Mungkin ada yang silap dalam tindakan kita sehari-hari?

Allah Maha Adil beb. Kita yang tak adil pada diri sendiri…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *