Resepi Sambal Totok Mudah Untuk Penyedap Selera Sewaktu Bersahur

Assalamualaikumm

Tajuk bukan main serius benau nak bagi resepi. hahah.. actually resepi sambal totok ni Olin dapat dari newspaper last month, baru berguna sekarang laa time dah bulan puasa ni kan. Maklum jelah waktu bersahur punya lah payah nak datang mood makan nasi dengan berselera tuh. Biasanya 2-3 hari terawal puasa je beriya-iya sahur bagai, masuk hari ke-4 dan seterusnya mulalah makan roti lah biskut je. Olin laa tu kan. hahah.. so takpe, today Olin share resepi sambal ni so boleh buat stok sahur. alaaa mudah je niii!

SAMBAL TOTOK

Orang kata sambal ni berasal dari jawa. Resepi sambal totok ni mudah je rupanya. Gambar ihsan dari pakcik google, kat blog sape tah.. Gambar sendiri kena tunggu buat laa, baru kita boleh tepek sini hahah.. so here is the recipe of sambal totok jawa okayy

Bahan-bahan ni kalau takde kat rumah kena laa pergi beli dulu yeh, kalau dah ada tu mudah laa nak buat heheh:

  • 250gram ikan bilis (buang kepala dan kopek dua)
  • 10 biji cili padi (kisar)
  • 3 biji cili merah (kisar)
  • 1 biji bawang besar (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • Belacan (dalam 2cm camtu laa)
  • 1 biji limau kasturi
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara masak dia mudah je pun:

  1. Panaskan sikit minyak dalam kuali (kalau nak pakai periuk pun bolehh akak tak kesah deknon..haha). Goreng ikan bilis sampai garing lepas tu angkat dan toskan bagi turun minyak.
  2. Pakai minyak yang sama (atau boleh la tambah sikit kalau tak cukup), tumis bawang besar, bawang putih dan belacan sampai naik bau satu rumah. Selagi tak naik bau satu rumah jangan angkat dari kuali…hahaha..gurau jer.. dah naik bau tu boleh lah angkat, tos dan ketepikan.
  3. Tumis cili merah dan cili padi tu pulak. Dah garing sikit tu boleh la angkat, tos dan ketepikan.
  4. Tumbuk lumat semua bahan yang dah digoreng tadi kecuali ikan bilis.
  5. Masukkan ikan bilis dalam bahan yang dah uols tumbuk lumat tu, tumbuk kasar pulak. Ikan bilis tu tak sedap kalau tumbuk lumat. heheh
  6. Perah la limau kasturi dan letak gula garam secukup rasa. Lepas tu dah boleh makannn..

SENANG je kan?? Tapi lain orang lain lah penyedap seleranya. Ada yang suka budu, cencaluk, dan ikan kering ke, macam-macam boleh. Ni Olin share resepi sambal yang boleh kita cuba untuk penyedap sahur kita. Makan dengan nasi panas-panas.. uiiiii jilat jari kata ko!hihi.. Sambal ni penting tau untuk orang yang suka pedas tapi taknak rasa pedas sangat macam makan lauk berat yang pedas-pedas waktu sahur tuh. Takut pedih perut pulak siang hari berpuasa. tak ke haru kann.. nak buat pun mudah sebab tak banyak step pun. semua pakai kuali yang sama jer..hihi Uols jangan laa risau kalau makan sambal totok ni saje memang takde lagi kes bertambah berat badan ke apa. Tapi kalau uols makan bertambah-tambah nasi haa tu yang musykil tu. So my suggestion is that, uols makan sambal totok ni masa bersahur je okayy..hahah

Okay til next recipe! Sambal lain pulak kot yeh.. Yang penting mesti SIMPLE dan MUDAH nak buat. hahahha.. maklumlah akak suka yang mudah-mudah jerrr

xoxo,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *