Resipi Sandwich Telur Yang Sedap Simple Dan Kenyang


Assalamualaikum uolsss! 

Saje nak share sesuatu dari kelas hari ni.. Lecturer refresh balik about Maslow’s Hierarchy of Needs…… jap apa kaitan dengan resipi hari ni haa.. hahah lantak kome ler, kena ler kome baca jugak ye. hahah 

Okay sambung.. Maslow’s Hierarchy of Needs ni is somewhat hierarcy untuk kehidupan kita. Apa benda yang kita nak fulfil. Ada 5 stages tau..


Tapi bukan Maslow’s Hierarchy ni yang Olin nak explain. Uols boleh google je kalau uols nak tahu lebih kan heheh

The thing is… this hierarchy bukan saje tunjuk apa keperluan kita di setiap level kehidupan. Tapi ada satu soalan yang kita akan sentiasa tanya diri kita bila kita dah penuhi setiap satu keperluan kita.. 

Soalan tu ialah… What’s next?

Lepas kita dah penuhi physiological needs macam shelter, food, dan sebagainya, what’s next keperluan kita? It is safety… Macam tu lah hierarchy ni sampai paling atas iaitu self-actualization.. Tapi bila dah sampai kat atas sekali, what’s next?

Lecturer tanya satu soalan best, macam teka teki laa gitu. Apa benda aktiviti yang kita buat, tapi setiap masa lepas kita buat kita akan tanya – WHAT’S NEXT?

Uols ada jawapan ke??

Takde?

Serius laa uolss, kita buat hari-hari kot nihhh…

jawapan dia…..

.

.

.

.

.

.

MAKAN!

Perasan kan, lepas kita breakfast, kita akan tanya, hmmm lunch nanti nak makan apa ek? Lepas lunch pulak, hmmm dinner nanti nak makan apa ek?? hahahah

Okayyyy tu jerrrr.. Dah start mengarut lebih serius nanti. Jom sambung masakkk!

Hari tu tetengah malam iols craving sandwich telur ni. Orang lain craving tanduk rusa, kau nak sandwich je. Takde kerlas langsung okay mak jemah. hahahah.. ni takde kaitan dengan pregnancy ke apa ehh heheh.. Maka nya, lepas anak dah tido kita masuk dapur. Sambil-sambil tu Olin post lah satu post kat Facebook pasal nak buat sandwich. Sat lagi ramai pulak yang komen ye, rajin betul kome kan hihihi..

Resipi nya simple je punnn

Roti, Telur, Mayonis, Timun

Actually tu je barang yang ada dalam fridge, lagipun dah malam masa tu. Tak kuasa lah pulak mak jemah nak pi kedai nak beli steak sirloan kan heheh. Ada yang komen suruh letak lada sulah, tomato, salad, serta…. ayam goreng… okay bab ayam goreng ni tipu. nasib baik uols tak caye. hahah.. Yelah next time Olin buat lagi Olin bubuh ler proper ingredients tu ye heheh..

So cara buat dia senang je. Telur rebus sesiap. Timun pulak boleh pilih nak timun cina ke timun jepun ke timun malaysia ke “saya boleh” takde masalah punya. Then timun tu potong bentuk dadu, kalau rajin buat bentuk love, confirm en hubby makan terus jatuh cinta berkali-kali ewah. Kalau tak rajin cincang jelah timun tu ikut sukati uols.

Bila telur rebus dah kopek kulit bagai tu, smash…eh silap, mash lah dalam bekas tupperware kalau ada. Tipuware pun takpe asalkan berpenutup. Bukan apa, nak preserve lama sikit boleh simpan dalam fridge nanti. Mayonis uols boleh letak ikut suka hati, biasanya kalau ikut sukatan 2 biji telur, mayonis pun agak-agak macam 5-6 sudu lah kot. Then lepas tu campur je semua ingredient tadi and sejukkan dalam fridge. Nak makan baru selet kat roti (‘selet’ tu Olin percaya ialah bahasa Muo, kalau tak faham, meh pm tepi, muahahaha).

Makan sejuk-sejuk memang masyukk beb. heheh.. Ni rupa dia bila dah siap!

 

Nak pakai roti apa pun tak kesah up to uols lah, yang penting SIMPLE dan KENYANG sudahhh hehehe

Okay uols.. lain kali Olin share lagi resipi okayy. Especially resipi yang tak payah pakai dapur gas. Bukan apa, Olin ni jenis malas nak basuh periuk belanga. hahah.. padahal Eziclean ada boleh settlekan bab membasuh-basuh kotoran degil tuhh hihihi.. kbaiii see uols next timeee

xoxo,

Olin yang suka makan tanpa rasa bersalahh

-Pakai Premium Beautiful settle masalah, InshaaAllah-

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *