Selamat Hari Raya dari Serendah, Muar & Little Trip to Teluk Intan, Perak

Selamat Hari Rayaaaaa!!!!

Assalamualaikummmm.. Fuhhh so far macam mana raya uols?

Olin tahun ni kali ni raya pertama di Serendah sebab mertua baru pindah ke Serendah dari Keramat. 1st day raya kat Serendah, 2nd day raya balik Muar meredah jammed 5 jam. 3rd day raya malam tu balik Bangi semula sebab raya ke-4 nak pi Teluk Intan dengan keluarga mertua. Perghh you know what malam tu nak balik Bangi masuk-masuk je tol Tangkak terus redah jammed sampai Pedas Linggi! 10.30pm gerak sampai Bangi pukul 1.30am. huwaaaa kalau tak pakai Premium Beautiful memang patah wei pinggang!! 

Kesian kat tok laki Olin laa lepas sampai Bangi dia pi mendobi pulak 1 jam. Olin sampai rumah tu terus tido tak sedar apa dah huhuhu..acaner ni nak jadi isteri mithali nih hahaha..bangun-bangun pagi baju dah kering pun atas sofa, tinggal nak lipat jerr heheh.. bukan apa, subuh-subuh kami dah kena bersiap nak bertolak balik Serendah sebab nak sama-sama gerak ke Teluk Intan menghantar pengantin..sempat jugak laa sebelum gerak ke Serendah kami singgah kat mamak depan rumah, pekena roti canai sedas dua heheh..

Memang tahun ni macam mengukur jalan jer beraya sebab berpatah balik Serendah-Muar-Serendah-Teluk Intan. Lepas ni nak ke Cherating pulak then baru balik Muar semula sambung beraya. Fuhh siap-siap standby semua set Premium Beautiful yang Olin ada (3 set je punn hihihi) dan Minkaffe kopi garam buluh tu nak bagi cerah biji mata. hahaha..

By the way, Premium Beautiful ada promosi tauu! Boleh klik link ni untuk check latest promo okayy

Premium Beautiful Promosi Harga Termurah 2017

Banyak gambar-gambar raya Olin post kat Instagram Olin. Do follow my Instagram ID @olinsafura, especially ootd raya tahun ni. special hashtag #TeamRayaTLC tauuuu

Okay back to cerita raya nih. Alhamdulillah perjalanan ke Serendah tadi tak lah jammed sebab orang dah start bekerja agaknya raya ke-4 ni kan..ke Olin yang tak perasan jammed ke tak, sebab tido je dalam kereta hahahah..gigih nak teman tok laki drive, tak pun…..terlelap-lelap jugakk

Alhamdulillah kami gerak dari Serendah ke Teluk Intan lepas zuhur, sampai dalam pukul 4pm..sebab konvoi, kena tunggu saing semua sekali. sampai-sampai terus dihidang makanan..Ya Allahhhh sedap betul laksa!! memang power, ketupat lemang rendang sate semua sedappp..tak dan amek gambar sebab semua dah lapar hihihihi..padahal sebelum gerak ke Teluk Intan tu dah pekena nasi lemak sedas kat rumah mak…makan tanpa rasa bersalah kann heheh..

The best part orang sebelah bagi homestay kat Ladang Moccis, Teluk Intan nih..memang best laa pemandangan cantik sangat! Homestay betul-betul depan tasik. Siap ada pulau kecik pulak kat tengah-tengah tasik nun. hihihi..

Kami selesai urusan kat rumah pengantin tu dalam pukul 6pm, so terus ke homestay nih..sempat nampak pemandangan waktu siang tepi tasik sebelum matahari terbenam, Subhanallah cantik sungguh laa…

Homestay Ladang Moccis buat masa ni ada 4 rumah, Anggerik 1 & 2, Bougainvillea 1 & 2. Since kami datang 2 keluarga, orang  sebelah bagi 2 rumah. Family toksu duduk kat Anggerik 1, family kami duduk kat Bougainvillea 2. Tak dapat duduk sebelah menyebelah sebab dah ada orang sewa homestay yang lain tu. Satu homestay ada 3 bilik dan setiap bilik ada bilik air masing-masing. Semua kemudahan dan kelengkapan asas tu ada dah.. TV, sofa, meja makan, aircond, katil, almari baju, dapur lengkap berkabinet, sinki, fridge, kettle, pinggan mangkuk, etc. Ada beberapa rumah lagi dalam pembinaaan tapi langsung tak mengganggu ketenangan kami yang berehat kat situ..alhamdulillah..Olin tak pasti harga satu homestay tu berapa sebab kami dapat free jer. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi laman Facebook Homestay Ladang Moccis.

Actually tok laki ambe dengan bapak mertua memang dah plan nak mancing kat sini. Kalau ikutkan dilarang memancing tapi….. dasar…… hahahah (jangan diikut perangai nih yeh heheh). Olin laki bini balik Muar raya kedua ketiga tu siap beli Umpun-Umpun nak buat umpan (apa betul ka ejaannya tuh hahaha). tapi sampai Teluk Intan umpannya mati dohhhh hahahah..panaih kot dalam boot kereta sokmo..hukhuk

Tak peduli dengan masalah umpan yang dah mati, perkara ini tetap terjadi iaitu aktiviti di malam raya. Beraya bersama ikan. hahaha.. masalahnya time Olin taip entry ni depa masih tengah duk mengail laa ni. Depan pintu homestay je punn heheh.. Olin tadi ada nampak ikan haruan lalu, tak sambar pun umpan! huwaaa…..mintak mahap laa yeh Olin tak sesabar tok laki laa kalau bab mancing nih. heheh..

Esok kita pakat-pakat tengok rusa pulak secara dekat. Tadi lalu je kat kandang rusa tu, siap ada itik kejar kereta kami pulak. Berani itik tu yeh, sembelih buat itik peking macam kat Beijing dulu tu kang baru kau tahu itikkk!! hahah

Pape pun, do check out for my latest updates kat my Instagram and Facebook accounts yeh! Nak ngorok duluannn. Nak peluk Nafisa kuat-kuat!!!

xoxo,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *