Tips Tak Moody Bangun Awal Pagi Sebab Taknak Satu Hari Takde Ong!

.

Morningggg!!! Start hari ni Olin nak bahasakan diri Olin sebagai akak lah kat sini. Rasa macam dah sepatutnya bahasakan diri sebagai akak dah ni, dah melepasi 30 series hihihi. Takpe, saje nak bagi korang rasa muda. Okay kan? Perasan la korang ni hihihi. Takpe, Allah suka jika kita suka bahagiakan orang lain. Yeay!

.

Sedar atau tidak, kita boleh pilih untuk lebih gembira saat kita bangun pagi dan celik mata. Tak kisah lah malam sebelum tu ada bergaduh dengan orang ke, kena marah ke, kita marah orang ke, mood swing ke, angin pus-pus ke….kita ada pilihan untuk jadi the happier version of ourselves esoknya!

.

Normally apa korang buat kalau nak bangun dengan happy? Akak buat satu benda nih. 

.

Bila kita sedar dari tidur, kita akan buka mata terus kan? Okay cuba buat macam ni pulak. Tipsnya, bila korang tersedar dari tidur, jangan terus buka mata. Sebelum buka mata tu, SENYUM dulu selebar-lebarnya sampai tersengih macam kerang busuk pun takpe! Bayangkan perkara paling BEST atau paling KELAKAR pernah korang tahu atau buat. Lepas tu baru buka mata and sebut Alhamdulillah thank you Allah, Kau masih bagi nikmat untuk aku bangun bernafas semula supaya aku boleh bantu lebih ramai orang hari ni. Itu tips akak lah. Because it works on me. Korang nak tahu kena lah korang cuba dulu ye. 

.

Ada satu tips lagi ni memang sesuai sangat untuk ibu-ibu. Alaa jangan laa bila akak kata untuk ibu-ibu ni, para bapa tak boleh amalkan pulak. Boleh saje!

.

Nak rasa happy bangun pagi, celik mata terus pandang muka anak, cium dan ambil bau lemak mashem anak tu heheh, especially kalau baby, fuhhhh bau syurga kann. Terus hilang ngantuk, hilang stress, rasa bersemangat!

.

Dah tu je pun tipsnya hihihi. Lain kali kita sharing-sharing tips lagi okayy

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *