Trip & Travel Sehari ke Cherating, Pahang

Assalamualaikummm

Kalau dalam entry sebelum ni Olin ke Teluk Intan, kali nih Olin #teamrayapahang pulak. Ya Allah mengukur jalan sampai kawan yang tengok pun cakap penat tengok kau ke hulu ke hilir! hahaha..

Actually raya kali ni Olin dah expect akan berjalan-jalan lebih banyak daripada biasa. Allah bagi rezeki lebih dapat lah kita ke sana ke mari ye dak.. Tahun-tahun sebelum ni Allah bagi rezeki anak dulu so ibu ayah depa tak dapat nak beraya sangat hihihi… cantik perancangan Allah tu kan..

Raya kali ni paling banyak atas jalan raya..yelah dah 2-3 tahun kebelakangan ni kena tahun Olin pregnant lah beranak lah so tahun ni baru merasa nak bawak budak-budak ni drive jauh-jauh sikit beraya rumah sedara mara. Natijah beraya atas jalan raya ni bukan apa lah, pinggang memang kena jaga baik wei, kalau tak support dengan perisai Premium Beautiful tu memang sakit balik pinggang Olin nih, maklumlah, nak kata tua tak lah tua sangat, tapi nak kata muda pun tak muda juga. Sementara sihat laa nak jaga betui dak..hihihi.. sambil tu pakai Pb untuk peringatan, duk ralit sedap makan tanpa rasa bersalah tuhh heheh..

Okay enough bab mukadimah (3 perenggan mukadimah jurrr hahaha)..saje entry ni nak cerita pasal pi Cherating sehari ni..masa kat Teluk Intan semalam family mertua cakap nak pergi Cherating. bidan terjun je tu yang baju pun tak bawa banyak. 

Yang kelakar kami duk follow kereta mak abah menonong je, ada satu simpang ke Bentong tok laki Olin pun follow lah pi pusing masuk situ. Dalam hati dah kenapa abah lalu situ? ada jalan shortcut yang kami tak tahu ke?? Rupanya kami salah ikut kereta. Tak memasal memusing nak u-turn jauh jugak lah. hahaha…pengalaman.. last-last sampai jugak Cherating. 

Eh lupa pulak bab singgah makan kat Gambang. Yelah kalau tak cerita bab makan mana sah kann..nama pun suka makan ye dak. First time Olin makan Nasi Kukus My Mama nih..sedap jugak, kuantiti banyak laa harga pun berpatutan. Nasihat Olin kalau uols jenis tak makan banyak, adalah lebih baik uols beli satu set lepas tu tambah nasi je. sebab ayam dia mak aihh besar weii!

Wajah kelaparan….kesiann..hahaha..

Settled makan bermula lah misi mencari tempat tidur pulak nih. Nama pun bidan terjun, ingat nak cari homestay tepi laut, dah malam-malam ni memang payah lah nak jumpa ye dak. Kami singgah kat Ranting apa ke nama resortnya. Bilik tu ada dua katil queen, aircond, kipas siling, kipas diri. Tengok kat katalog molek jer, sekali masuk, mak aihhh rasanya takut roboh je chalet tu.. aircond tak rasa sejuk, kipas rosak. almari yang ada pun nak roboh..ayoyo terus cancel. Tahu tak harga chalet tu berapa? RM230! mahal gilaaa..kalau RM100 tu pun still rasa macam tak berbaloi hukhuk.. tak sempat nak ambil gambar pun, punya lah kecewa.hahaha.. terus kami pindah bermalam kat Residence Inn Cherating. Lagipun adik ipar ada voucher from Traveloka so very much reduced laa price for 1 room. RM130 baru berbaloi dengan fasiliti yang lebih baik ye dak.. hmm..takpelah tak dapat homestay tepi pantai pun, dapat depan kolam mandi pun jadi lahh hihihi..

Pemandangan dari bilik kami. Bangun pagi bukak sliding door boleh terus terjun, acah je..kena lalu tangga laa..heheh..Premium Beautiful kena bukak ehhhh..bagi dia rehat dulu wei lepas tu kena sarung balik, sebab lepas mandi confirm makan banyak lagi akak tak kuattt deknonnn hahaha..

Sampai-sampai terus bersihkan diri solat tidur.esok paginya yang budak-budak dah bangun awal sebab menunggu nak mandi kolam. Hanin sampai berapa kali tanya dah, “Ibuuu bila boleh Hanin mandi kolam niii” adui laa anak-anak ni kan. actually pagi hujan renyai sekejap, so tok laki tak bagi turun dulu, licin dan bahaya laa kan. Gigih budak-budak ni tunggu hujan berhenti sambil main-main kat dalam bilik jerr. hahah..akhirnya pukul 9am lebih jugak lah masa dapat turun tu, fuhhh bukan main lagi diorang nih kan..mula-mula takut nak masuk kolam, sat lagi, dah masuk taknak keluar pulak.hahahah 

Dah sampai kecut-kecut jari baru dia nak keluar. Hai lah Nafisa, Nafisa..hihi..ni gambar dengan abang sepupu dia ni..bukan main manja kalau dengan abang Hidayat dia nih..

Alhamdulillah dapat jugak bawa anak-anak pergi mandi manda. Tak pergi pantai pun sebab tok laki dah nak balik Muar. So singgah beli keropok lekor lah macam biasa kat Kemaman tuh, alah bukan jauh pun, atas sikit jer. hihi.. Ingatkan nak beli yang brand Delima tu tapi sekali tengok mak aihhh orang beratur punya lah panjangg..maleh akak nak tunggu deknonn..hahaha..

Itu lah serba sikit kisah pergi family trip ke Cherating. My in laws still tinggal 1 malam lagi kat sana, saje nak ambil mood bercuti kan alang-alang dah kat situ biar lah lama sikit ye dak. Cuma kami jer yang tak dapat nak stay lama since dah janji nak beraya rumah kawan-kawan kat kampung Olin pulak. Open house dah menunggu hihihi… sediakan jelah perisai Premium Beautiful tu, takut-takut berat yang turun berapa kg masa puasa hari tu naik berganda-ganda pulak lepas raya omg! hahahah..

Okay uolsss…til next entry!!

xoxo,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *