Pengalaman Kali Pertama Makan di Restoran Menara Kuala Lumpur

Assalamualaikum. Hari ni baru berkesempatan nak menulis kat sini, laptop sendiri rosak jadinya pinjam laptop orang ni. hehe

Setiap orang ada momen indah betul? Untuk sis, hari Ahad lepas (18 November 2018) adalah salah satu antara hari2 terindah sebab dapat bawa suami secara FREE ke Menara Kuala Lumpur.

Jangan tanya sis harga tiket, sis seriously tak tahu berapa exact amount sebab mentor yang bayarkan. Kali ini tak bawa puteri berdua tu (Hanin dan Nafisa), kami tinggalkan sekejap kat family di Bangi. Boleh lah ibu dengan ayah dating setengah hari. Jadi lah dari takde. haha.. tapi kalau uols nak tahu harga tiket, boleh la Google saje hihi.

Pemandangan KLCC dari Menara Kuala Lumpur. Sis sebenarnya macam orang jakun sebab pertama kali kot sampai kat Menara Kuala Lumpur ni. Dah lama sebenarnya nak datang tapi ada je tertangguh. Rupanya nak dapat rezeki reward dari bisnes. Alhamdulillah.

 

  Makan confirm la tanpa rasa bersalah. Bersalah ke Premium Beautiful Corset sis je ni, sebab terpaksa kerja keras sikit nak bantu bakar lemak-lemak makanan ni semua hihi..

Ni tempat menunggu nak naik lif ke atas. Menara Kuala Lumpur ni setinggi 421 meter, tersenarai antara 10 menara yang tertinggi di dunia. Bangga kan kita jadi anak Malaysia.

Bersama mentor sis yang bertanggungjawab bawa sis dalam dunia bisnes bersama Sahajidah Hai-O Marketing ni, syarikat yang telah memenangi award “Best Company Under A Billion List” Forbes Asia. Sudah beroperasi selama lebih daripada 26 tahun dan hardcore products nya sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan, contohnya Premium Beautiful Corset, Marine Essence Series, Garam Buluh, Bio Velocity Sleep Mate dan banyak lagi.

 

  

Kena candid pulak ye. Masa ni tengah khusyuk dengar #tipskurus #turun10kg dari winner #slimshape contest, sampai tak perasan ada abam sado curi-curi ambil gambar kita. hihi..

 

Ya, mungkin ada je orang boleh kata, alahh setakat Menara KL ni boleh je pergi sendiri.

Yes i tak nafikan.


Tapi FEEL dia takkan sama macam apa yang sis rasa. Sebab datang ni FREE je orang belanja atas usaha nak konsisten capai Top Sales setiap bulan bersama kumpulan. Bukan mudah tapi ia tak juga susah kalau betul-betul buat follow cara yang mentor tunjukkan.

 

Yang hujung sekali tu speaker majlis. haha jangan layan sis perasann je tuu hihi..
Patutnya datang restoran mewah macam ni kena laa ala-ala omputeh gitu kan tapi ada aku kesahhh. seronok punya pasal. Dalam tertib-tertib tu 4 rounds jugak sis makan. Husband pun makan 3 rounds je tauu. hihi. Seronok sangat dapat duduk semeja dengan mentor-mentor otai, bestnya masih terbayang-bayang!

 

Syukur sangat dapat kenal dengan mentor-mentor yang sangat baik hati, sentiasa support dan beri tunjuk ajar❤️ Siapa kata jual barang orang tak boleh kaya, mentor-mentor sis dah buktikan mereka mampu bebas masa dan kewangan dalam bisnes SHOM (Sahajidah Hai-O Marketing) ni. Jadi sis nak follow saje step yang sama, doakan sis dan team sis ya🙏 thank you CDC Siti Rohana Yusoff, CDC Haji Azlan Deraman, CDM Kak Ismalina Ishak, atas peluang dan penghargaan ini.

 

Di hari penyampaian award sewaktu Seminar MYN di Mary Jardin Royale Petaling Jaya in October 2018. Story yang itu pun sis belum tulis lagi, tup-tup dah cerita sampai Menara KL dah. hihi.

Thank you Allah. Thank you MYN. Thank you mentor. Paling cia cia…thank you abang sado kat belakang nunnn. Dia lah penguat & pelengkap diriku yang biasa-biasa ini, dan pabila lengkap, itu yang boleh jadi luar biasa tu. hikhik

Cantiknya cincin emas yang mentor hadiahkan. Jatuh cinta terus. Sis suka sebab simple je dan boleh pakai hari-hari gitu.

Jarang sis nak share kejayaan sis sebab i tahu mungkin pada usahawan lain, ia nampak simple saje. Tapi tak kira lah, nak update jugak hehe. Harapan sis, semoga kejayaan ini dapat menjadi pembakar semangat team sis sendiri dan juga usahawan lain.. kita ada BIG WHY masing-masing kan, WHY not kita jadikan ia betul-betul BIG. Abaikan je suara-suara biawak di tepi telinga ituuu!! kuatkan diri. Kita semua kuat untuk anak-anak kita.

 

Bergambar kenangan bersama mentor-mentor hebat MYN.

Sebelum balik, kami singgah Observation Deck whereby we can see Kuala Lumpur guna teropong ajaib.. haha.

Sis berdiri kat menara yang sis dah pernah sampai. Menara Kuala Lumpur, Tianjin TV Tower dan Central Radio & TV Tower China (masa pergi free trip bersama Sahajidah Hai-O Marketing ke Beijing hujung tahun 2016)

“I taknak teropong orang lain, nak teropong hati you je sayang” haha kasi can laa sis nak cia cia sikit. Gambar sis husband yang ambilkan. Kalau dia yang snap gambar, memang sis tak pernah komplen pun, sokmo cantik. hehe.

Parking jauh sikit masa tu sebab tak jumpa celah mana nak parking, maklumlah pertama kali datang. hehe. Tapi takpela on the way balik boleh singgah Upside Down House ni (Rumah Terbalik) just a corner of Menara KL ni je. Dapat gambar kat depan gate pun jadi lah. Memang sejenis suka travel dan jalan-jalan.

Seribu langkah bermula dengan langkah pertama.

Jom lah MULA❤️

RM47 je nak mula bisnes ni. murah kan? siap dapat free gift bernilai RM42 pulak. Untung sungguh! Jika berminat nak jadi team sis, whatsapp je sis ok. Klik je button Whatsapp Me tu. hehe.

#thepbdiva #olinsafura #TopSalesAchiever #projeksideincomeTLC #masteryournetwork

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Comment

  1. bisnes online 2018
    bisnes online tanpa modal
    bisnes online yang menguntungkan
    bisnes online dari rumah
    bisnes online paling laris
    bisnes online tanpa modal 2018
    bisnes online 2017
    bisnes online mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.