Antara Sebab Mengapa Wanita Silap Memilih Bra!

Assalamualaikummm…

Hari ni tajuk agak simple tapi berat. hahaha.. macam mana tu kan? Berat kalau salah pilih! huhuhu..

Cuba check ni. Pernah tak uols rasa tak selesa pakai bra (coli) yang baru dibeli? Nak tukar macam segan, last-last tak pakai pun..atau, baru pakai beberapa kali bra tu tapi uols dah rasa sakit belakang. Haa…salah pilih bra atau baju dalam yang betul sedikit sebanyak menyumbang kepada ketidaksokongan payudara tau. Jaga-jaga…aset kita tuuu!

Pemakaian baju dalam atau bra yang betul akan membantu melindungi dan menyokong payudara. Pemilihan pakaian dalam yang tepat serta pemakaian betul akan membantu wanita memelihara aset berharga kita ini supaya kekal mantap dan pejal. Haa baru lah rasa berkeyakinan bila aset kita tu terletak elok je ye dak?

5 kesilapan dalam pemilihan bra atau baju dalam wanita!

1. Menggunakan ukuran bra yang sama bertahun-tahun.

Kebanyakan wanita menggunakan satu ukuran bra yang sama selama bertahun-tahun. Padahal ukuran bra dapat berubah bergantung pada pertumbuhan tubuh seseorang. Melalui apa yang Olin baca, kita disarankan mengukur paling tidak setiap 1-2 tahun sekali untuk mencari ukuran bra yang tepat. Unless uols pakai bra Premium Beautiful lah, itu pun Olin sarankan cari jelah Premium Beautiful Expert untuk pastikan ukur lilit bra yang kita ada tu masih sama ke, dah mengecil ke atau dah longgar ke kan. Especially kalau kita dah pregnant atau dah bersalin. Saiz payudara memang sedikit sebanyak ada perubahan..hehe.. but the best part about Premium Beautiful Bra is that, kita boleh pakai saiz yang sama bertahun-tahun sebab Bra PB ada cangkuk boleh laras kat bahagian belakang bra tu.

2. Tak kenal atau tak tahu saiz bra sendiri.

Kadang-kadang untuk nak tampil langsing ni kita tak perasan masa beli bra tu kita just ukur cup bra saje, tak mengambil kira ukur lilit bahagian dada. Pengetahuan tentang cara memilih bra ni masih lagi kurang di kalangan wanita di Malaysia. In fact Olin sendiri pun dulu tak pernah tahu my exact bra size sebab mak yang belikan. Up until dah belajar kat universiti pun, beli bra hanya sekadar tangkap muat. Masa dah start kerja baru ada kesedaran beli bra yang okay sikit sebab takut payudara leper dan saggy (tengok cousin and kawan yang dah awal kahwin dan bersalin so datang kesedaran tu sendiri hahah). Baru laa kenal-kenal jenama Wharcoal, Triumph, La Senza dan sebagainya..

Sebenarnya bila kita ukur saiz cup bra saje masa beli bra, ukur lilit bahagian dada tu akan jadi sempit, so dada kita akan sedikit sebanyak melebar ke tepi atau ke atas bahagian badan. Setiap wanita wajib tahu bahawa 90% fungsi bra terletak pada tali bra itu sendiri, lagi 10% pada cup bra tersebut. Jangan disebabkan nak nampak cantik, badan kita yang tak selesa pakai bra tu. 

3. Ukuran tali bra yang tak sesuai.

 

Pemilihan tali bra sangat penting untuk pastikan badan kita selesa dan payudara kita masih tetap terjaga. Kadang-kadang kita mungkin terfikir, nak beli bra yang talinya longgar-longgar saje lah, sebab tak mahu rasa sempit atau tak selesa. Tahu tak uols kalau kita pakai bra yang bertali longgar ni akan jadi apa? semestinya tali bra yang longgar takkan support payudara kita dengan baik! Sama saje keadaannya jika kita pilih bra bertali ketat, tentu bahu kita pula akan jadi tertarik ke atas, stress kan dibuatnya!

4. Push-ups bra untuk yang memiliki payudara besar. Ye ke?

Oh NO!!! Please uols! Jika kita tahu kita mempunyai aset yang agak besar, memang tak digalakkan langsung untuk menggunakan bra jenis push-ups. Bukan apa, kesian tau payudara tersepit dan akan membuatkan payudara kita nampak lebih besar daripada biasa. Kalau terasa nak beli juga, pakai laa untuk suami je, tak disarankan dipakai untuk seharian sama ada keluar bekerja, atau sehari suntuk.

 

5. Tidak Mempertimbangkan Bentuk Payudara.

Ramai wanita tak sedar tentang bentuk payudaranya dengan baik sehinggalah bra yang dipilih tak sesuai dengan bentuk payudaranya. Contohnya, macam gambar kat bawah ni, kalau uols memiliki payudara jenis East West, disarankan pilih t-shirt bra yang membantu membentuk payudara dengan “mengumpulkan” ia ke bahagian tengah. Jika uols memiliki payudara jenis Side Set dan Slender, disarankan memilih bra jenis plunge yang boleh membantu menarik payudara sisi kanan dan kiri sehingga kedua-dua belah elok terletak di bahagian tengah. Semoga sharing session hari ni memberi manfaat pada uols ya!

xoxo,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *