Anugerah Sales Manager & Senior Sales Manager (March 2016)

Assalamualaikum uols ?

Alhamdulillah.. Sejak Olin join bisnes bersama Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) ni, Olin perasan yang setiap pencapaian kita dalam bisnes sentiasa dihargai.

Actually this post dah kira throwback dah ni. Lama sangat kot kepam dalam draft. Takpe, Olin buat jugak entry ni coz this was how my life as a manager in this business started. and first award yang Olin dapat ni mesti lah kena record kann heheh

Anugerah pertama yang Olin terima dari SHOM ialah anugerah pencapaian Sales Manager iaitu pencapaian jumlah jualan terkumpul sebanyak RM20,000. Majlis SM & SSM Award Day ni diadakan pada bulan Mac 2016.

Details of the event:

Anugerah Sales Manager & Senior Sales Manager

Date: 19th March 2016 (Saturday)

Venue: Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam, Selangor

Actually mula-mula masa mentor Olin cerita tentang Award Day ni, Olin tak percaya tau ramai sangat ke yang boleh dapat award.. Sekali Olin pergi, aduhai… Jangkaan Olin meleset. Yelah kalau dah lebih 4,000 Sales Manager (Jualan Terkumpul RM20,000) dan Senior Sales Manager (Jualan Terkumpul RM60,000) diraikan, can you imagine penuhnya Grand Hall!

sm-ssm-mac-16-olinsafura1

sm-ssm-mac-16-olinsafura7

olinsafura_pbangels_top_leaders_circle_salha_zain

With Founder of Top Leaders Circle (TLC), CDM Salha Mohd Zain

Bestnya bisnes with TLC ni ialah, bisnes ni bisnes bermentor. Yelah kalau kita buat bisnes produk or servis konvensional biasa, kalau kita nak cari ilmu kita kena bayar.. Nak dapatkan mentoring servis from millionaires memang nak bayarnya tu pun ribu2 juga, which I couldn’t afford to. Tahu jelah masa mula2 nak start bisnes tu kan mana lah ada duit sangat. So I ended up cari and contact balik my PB agent yang sekarang ialah my direct mentor, CDM Ismalina Ishak.

sm-ssm-mac-16-olinsafura11

Inilah dia my direct mentor CDM Ismalina

Masa Olin kenal dia dulu Kak Isma masih DDM tau. Masa Olin contact dia nak tanya pasal bisnes dulu, she was pregnant 8 months macam tu kot. Sarat dah.. But really admire her spirit and cara kerja. Kak Isma bukan lah jenis memaksa, sebab bisnes with TLC memang tiada paksaan. Sejak Olin mula berniaga, tak pernah lagi Olin dengar mentor ajar kena paksa customer untuk beli. Servis terbaik yang PB Expert provide to clients tu lah, yang buat Olin rasa terpanggil nak tanya Kak Isma tentang bisnes Premium Beautiful ni.. Yelah survey banyak juga bisnes, boleh je Olin pilih bisnes online lama Olin dulu, jual gadget. Tapi bila fikir nak cari mentor kena bayar….. krik krik krik… hahaha.. So ended up berjodoh dengan Kak Isma and TLC juga, Alhamdulillah..

 

sm-ssm-mac-16-olinsafura15

With mentor of my direct mentor CDM Kak Izyan Liyana

Masa Kak Isma dalam pantang, Olin dapat berguru direct dengan Kak Izyan. Pergi appointment dengan Kak Izyan, pergi kelas dengan Kak Izyan, banyak ilmu dapat dari Kak Izyan. Beruntung sangat join bisnes ni, sebab kerja berkumpulan, mentor sentiasa tunjuk jalan, macam mana nak buat sales, macam mana nak buat clients PM kita. Kalau Olin teruskan dulu nak buat bisnes gadget tu, adoi lah hangat-hangat tahi ayam je kot. Yelah, nak cari client kena cari sorang-sorang, jenuh fikir sesorang lah kalau tak dapat buat sales kenapa, apa sebab.. huhuhu

So these were some photo of us pada hari tu. Layan kan jelah heheh..

sm-ssm-mac-16-olinsafura4

sm-ssm-mac-16-olinsafura8

sm-ssm-mac-16-olinsafura6

TLC Master Trainers – CDM Nur Fadzliah, CDM Salha Zain, CDM Salleha Roslan, CDM Izyan Liyana

sm-ssm-mac-16-olinsafura9

Founder TLC CDM Al-Faath & CDM Salha Zain, with Founder PB Angels CDM Izyan Liyana

sm-ssm-mac-16-olinsafura5

My lovely mentors CDM Ismalina and CDM Izyan Liyana, tengok laa warna baju diorang pun nak sama tema kann heheh.

sm-ssm-mac-16-olinsafura13

Terima anugerah Sales Manager untuk total sales terkumpul RM20,000. Uishhh dalam hidup tak pernah terfikir kot boleh buat sales sampai RM20,000! Alhamdulillah bila join TLC and SHOM, tercapai satu wish list! Kalau uols nak tahu macam mana kami buat, boleh contact Olin okay

signature olinsafura

sm-ssm-mac-16-olinsafura10

Lepas turun dari pentas, terus disambut oleh mentor. Terharu sangattt

sm-ssm-mac-16-olinsafura3

PB Angels Utara 

sm-ssm-mac-16-olinsafura2

PB Angels KL & Selatan

olinsafura_pbangels_deerah_izzah

Dengan my MUA (Make-Up Artist) Deerah Izzah, boleh cari di Facebook and Instagram okayy

sm-ssm-mac-16-olinsafura14

Bersama rakan kongsi Olin dari Muar, Johor iaitu Kak Syima (di tengah)

Kak Syima ni ibu beranak 7 tau uols! Mesti tak percaya kan? Tapi itu lah hakikatnya. Kesan pemakaian Premium Beautiful dan pemakanan supplement SHOM seperti Maharani dan Set Kempis Perut, tak mustahil kita pun boleh dapat cantik dan sihat macam Kak Syima. Gituuu! 

Olin doakan Kak Syima dan semua rakan kongsi PB Angels supaya berjaya seperti yang diimpikan, follow saje mentor-mentor dalam TLC dan Dolomite, InshaaAllah kita pun boleh lakukannya!

Kepada yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang bisnes with TLC dan SHOM, boleh contact Olin ye, especially uols yang berada di kawasan Bangi, Kajang, Putrajaya dan kawasan yang terdekat dengannya. InshaaAllah Olin sudi bantu dan share bagaimana Olin buat, semua berdasarkan konsep bisnes bermentor.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang buat bisnes, biar sampai jadi jutawan!

xoxo,

signature olinsafura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *