Berat Badan Kategori Sihat Atau Tidak? DIY Cara Mudah Nak Pastikannya

“Okay kot ni, baru naik 5kg jer, minggu depan start kerja turun lah balik ni”

.

Selang seminggu,

.

“Eh, apesal naik lagi 5 kg?! Ahhh…okay je ni, chubby-chubby sikit apa salahnya……tapi, okay ke berat aku ni?

.

Kategori sihat ke tak ni? Cuak pulak!”

.

.

*********

.

Masa zaman belajar dulu akak tak tension langsung kalau berat naik 5 kg. Sebab dah tahu dah metabolisme badan masa tu sangat tinggi dan mudah nak turun berat bila work out or even jalan kaki pergi kelas. Sekarang? Di kala umur menginjak awal 30an ni anak pun dah dua orang, memang terasa lah kalau naik 5 kg tu nak turun balik mahunya makan berbulan kalau tak ada inisiatif nak lakukan apa-apa tindakan. Berat naik sikit tak apa, tapi kalau tak turun-turun dan buat kita jadi makin berat dan malas nak lakukan kerja seharian termasuklah beribadat tu yang kacau tu!

.

Jadi bagaimana ye nak tahu berat kita di kategori sihat atau tidak?

.

Ada dua cara mudah DIY (do it yourself) yang you all boleh buat selain you all pergi mana-mana klinik/hospital yang boleh checkkan paras lemak badan.

.

Cara-caranya,

.

1) KETAHUI INDEKS JISIM TUBUH (Body mass index atau BMI)

.

Cara nak ukur?

.
Perlu tahu berat badan (dalam kg) dan tinggi (dalam m). Formulanya mudah sangat!

.

BMI = Berat badan (kg) / [Tinggi (m) x tinggi (m)]

.

Contoh BMI akak
= 65 kg/ [1.76 m x 1.76 m]
= 20.98 kg/m2

.

Jangan ditanya betul ke tidak tinggi tu ye. Soalan sensitif hahahah. Tak ada lah gurau je, memang baka keluarga akak tinggi-tinggi. hehe..

.

BMI boleh rujuk di gambar ni ye.

.

.

Ni ukuran BMI Asia Pasifik berdasarkan WHO (World Health Organisation) sebab kita kan orang timur. Ada lagi satu BMI chart tapi untuk Europeans.

.

Macam akak ni, kira normal lah ye Alhamdulillah.

.

2) KETAHUI UKUR LILIT PINGGANG

.

Haa yang ni pun mudah juga. Hanya perlu guna tali pengukur dan ukur pinggang.

.

Carta ukur lilit ideal ialah seperti gambar di bawah.

.

.

Jangan tanya ukur lilit akak. Segan lah, baru 76cm. Eh terkantoi pulak haha..

.

Sumber: Tak ada ambil dari yang lain melainkan Pokcik Google.

.

Nak mudah turun berat atau inci pinggang you all tanpa bersusah payah? Jom tengok sini!

.

Tips Dan Cara Mudah Nak Pinggang Ramping Bak Rozita Che Wan

Tips Kempiskan Perut Buncit dan Geleber

Cara Mudah Nak Body Cantik Bak Artis Terkenal

.

Akak tak minta lain dari you all dan ini pesanan untuk diri akak juga, please jaga dan monitor selalu berat badan kita supaya kita tak terlalu over confident nak makan tanpa rasa bersalah sangat. Akibatnya kita semua sendiri pun tahu, banyak penyakit berpunca dari perut dan mulut. Ooopss heheh..

.

K bye!

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *