Berpantang Sendiri…Boleh ke aku ni? Ketahui tips berpantang sendiri yang ibu perlu tahu!

“Alamak, mak pergi haji masa aku bersalin ni nanti..macam mana ni, nak kena BERPANTANG SENDIRI?”

.

Kebiasaannya, lepas bersalin mak kita la yang selalu menjaga kita untuk berpantang kan. Kalau tidak pun, ada mak mertua. Tapi, kalau tak berpeluang? Apa perlu kita tahu dan ada sebelum kita buat keputusan untuk berpantang sendiri?

.

Berpantang sendiri memerlukan semangat yang kuat dan ilmu yang cukup supaya ibu tak rasa terbeban atau stress menyebabkan emosi ibu terganggu dan akhirnya boleh MEROYAN!

.

Sangat penting supaya suami dan ahli keluarga terdekat memberi semangat pada si ibu untuk berpantang dengan betul supaya ibu sentiasa gembira dan happy sewaktu berpantang.

.

Ibu happy, inshaaAllah susu badan pun meriah!

.

#1

.

Berbincanglah dengan suami. Tulis peranan suami. Boleh minta suami ambil cuti tambahan dari ‘paternity leave’ yang biasa diperuntukkan oleh kebanyakan syarikat di Malaysia, sekurang-kurangnya 5 hari pertama selepas ibu bersalin. Sokongan suami amat penting untuk ibu berpantang dengan sempurna.

.

#2

.

Sediakan jadual harian dan jadual menu makanan untuk sepanjang tempoh ibu berpantang. Lekatkan di kawasan yang mudah dilihat seperti dinding bilik dan dapur. Senang nak refer nanti!

.

#3

.

Tempah seawal 3 bulan dari due date. Cari yang pandai lancarkan susu ibu dan pandai urut ibu bersalin. Kalau macam akak dulu, ambil terus pakej 10 hari, sengkak semua haa lega!

.

#4

.

Kalau ibu ada anak yang masih kecil (abang kakak bayi yang akan dilahirkan), minta suami letak anak ke babysitter untuk tempoh 1-2 bulan berpantang. Boleh hantar seminggu awal dari tarikh bersalin agar anak dapat sesuaikan diri. Ini untuk mengelakkan ibu stress dari menjaga kedua-dua anak sekaligus.

.

Nombor telefon runner pun penting untuk si ibu mudah nak berurusan membeli apa-apa keperluan yang perlu disegerakan semasa suami bekerja dan tiada di rumah.

.

#5

.

Kalau ibu mampu..upah je jiran masakkan makanan pantang. Kalau nak jimat? Minta suami tolong masakkan sebelum ke tempat kerja.

.

Kalau kena juga masak sendiri? Minta bantuan suami untuk sediakan bahan masakan dan setempatkan di tempat yang mudah ibu capai. Minyak masak pun pindahkan ke bekas yang lebih kecil supaya tak berat untuk ibu angkat, takut-takut stress pada perut. Rahim ibu belum cukup kuat untuk angkat barang berat.

.

Kain baju kotor? Minta suami yang uruskan semua. Atau, hantar dobi je senang. Mungkin kalau ibu nak buat juga, cuma melipat baju je.

.

#6

.

Sebelum bersalin ibu boleh selesaikan bab ni. Setempatkan pakaian ibu dan anak kat dalam drawer atau tong baju yang mudah dicapai ibu. Sebaiknya jika ada bakul kecil yang mudah ibu bawa dalam rumah. Macam akak dulu, dalam bakul yang sama ada thermos air suam, bekas kurma, baby-kit (minyak telon, baby diapers, tisu basah, spray, plastik sampah kecil nak letak diaper kotor). Mudah kalau kat depan tengok tv ke anak terberak boleh cuci terus tak perlu nak renyah bangun jalan ke bilik.

.

#7

.

Beli mandian herba dalam bentuk pek untuk memudahkan suami merebus setiap pagi. Kalau suami tak sempat rebuskan, ibu boleh juga standby beli sabun herba.

.

#8

.

Jika ibu mampu, beli water heater untuk mudahkan urusan mandi ibu dan bayi. Mandikan bayi sambil duduk bersimpuh depan pintu bilik air supaya luka jahitan tak tertetas.

.

#9

.

Sekiranya isteri lahir di hospital swasta atau hospital yang jauh dari rumah, suami perlu hantar dan daftar buku kelahiran anak di klinik kesihatan malaysia yang terdekat. Ibu dan anak akan dilawat dan dipantau oleh jururawat bertauliah ke rumah.

.

#10

.

Minta suami panaskan batu tungku sebelum ke kerja dan selepas kerja. Ibu boleh lakukan tuaman sendiri. Tungku atau tuaman sangat penting untuk membantu mengeluarkan saki baki darah dalam rahim.

.

#11

.

Beri susu ibu pada anak sekerap mungkin untuk mudahkan proses kecutkan rahim. Waktu berpantang adalah waktu paling elok ibu boleh buat stok susu badan yang dipam, untuk kemudahan bila mula bekerja nanti.

.

#12

.

Ibu perlu belajar pakai bengkung dan stokin sendiri. Pemakaian bengkung sangat penting agar badan ibu kembali seperti anak dara.

.

Nak mudah berbengkung bila berpantang sendiri? Sarung Premium Beautiful je senang.

.

Nak tahu cara pakai Premium Beautiful ketika berpantang? Boleh klik link ni

.

Pengalaman Pakai Premium Beautiful Ketika Berpantang Lepas Bersalin

.

Share tau jika bermanfaat!

xoxo,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *