Cara Betulkan Semula Bengkung Waist Nipper Premium Beautiful Yang Bengkok atau Ter”Kaypak”

Assalamualaikum semua.

.

Sebelum saya share bagaimana anda boleh betulkan semula waist nipper atau apa sahaja bengkung moden yang anda ada (yang mempunyai tetulang rawan premium seperti Premium Beautiful), izinkan saya perkenalkan diri saya dahulu.

.

Saya, Olin Safura, Premium Beautiful Expert Malaysia. Basically saya banyak involve dalam bisnes online bersama team saya Top Leaders Circle, grooming our agents to become leaders untuk menjana income extra sambil bekerja makan gaji atau menjadikan bisnes Premium Beautiful sebagai pilihan kerjaya sepenuh masa.

.

Team members saya terdiri dari pelbagai bidang dan level pendidikan. Ada yang cikgu, surirumah, chartered accountant, engineer, doktor, malah student pun ada. Yang bekerja makan gaji mostly sebab nak cari duit lebih, jadi masing-masing buat bisnes online. Standard lah kan zaman sekarang, suami bekerja sorang mana cukup. Lagi-lagi kalau dah ada anak.

.

Bila saya jumpa clients Premium Beautiful yang baru beli Premium Beautiful Corset dari saya, biasanya saya akan explain satu persatu tentang Premium Beautiful, daripada info produk, cara pakai, cara buang air semasa pakai Premium Beautiful, sehingga lah cara basuh, dan sebagainya. Tetapi bukan tips yang saya nak share sekejap lagi.

.

Tips ni special sikit bagi saya, sebab saya dapat tips ini melalui situasi yang agak special juga. Tak perlu lah saya cerita bab itu kan, mungkin lain kali. Cuma saya nak beritahu anda yang hari ini saya nak reveal rahsia saya menjaga Premium Beautiful Waist Nipper dengan baik dari tahun 2015, secara PERCUMA!

.

Sejak mula berniaga Premium Beautiful Corset pada tahun 2016, saya menerima agak banyak permintaan untuk baikpulih atau repair Premium Beautiful Corset yang rosak, terkoyak, cangkuk patah, dan lain-lain. Kebanyakan kerosakan yang diterima ialah tetulang rawan pada Waist Nipper Premium Beautiful yang telah patah. Jika anda beli Premium Beautiful Corset anda dari Premium Beautiful Expert, anda akan diberitahu bahawa untuk repair sebarang kerosakan Premium Beautiful Corset, ianya adalah PERCUMA. Premium Beautiful ada LIFETIME WARRANTY untuk sebarang wear and tear! Best kan?

.

Back to my point today.

.

Antara sebab Premium Beautiful Waist Nipper boleh terbengkok atau ter”kaypak” ialah, silap cara ketika pemakainya membuang air semasa Premium Beautiful masih melekap di badan. Boleh check entry saya di sini (Tips dan Trick Buang Air Semasa Pakai Premium Beautiful) jika tak mahu Premium Beautiful Waist Nipper anda terbengkok dengan sengaja.

.

So, hari ini saya tergerak hati nak share pada anda, tips dan trick untuk penjagaan terbaik Waist Nipper Premium Beautiful Corset supaya tak mudah patah atau bengkok.

.

Mudah sahaja! Apa yang anda perlu lakukan ialah:

.

  1. Selepas basuh Premium Beautiful dengan air dan sabun khas Premium Beautiful Lingerie Wash, keringkan Premium Beautiful Corset anda dengan tuala kering supaya tiada air menitik.
  2. Bentangkan Premium Beautiful Waist Nipper di atas permukaan rata seperti meja, alas dengan tuala kering.
  3. Urut lembut dan tekan sedikit tetulang rawan Premium Beautiful Waist Nipper ke permukaan rata tersebut sebanyak 4-5 kali, secara berulang. Kemudian, biarkan Premium Beautiful Waist Nipper mengering dalam keadaan terbentang begitu di bawah kipas yang berpusing. 3-4 jam dah boleh kering.

.

But bear in mind, kadang-kadang bukan on the spot nak dapat betulkan Premium Beautiful Waist Nipper yang bengkok, mungkin anda perlu beri masa sedikit dan berulang kali lakukan tips rahsia yang telah saya share tadi, sebab kesian Waist Nipper tu tau, dah dibengkokkan dalam masa yang agak lama juga betul tak? Hihi.

.

Untuk penerangan santai dan lebih detail secara visual, anda boleh tonton vlog saya di sini

.

Saya pasti ada di antara kawan atau kenalan rapat bahkan ahli keluarga anda sendiri mempunyai set Premium Beautiful Corset sebab korset ini sangat popular di Malaysia sejak lebih 25 tahun di pasaran. Malah telah memenangi pelbagai award antaranya standard SUPERBRANDS (Highest in quality and quantity sold). Contoh, roti yang memenangi standard Superbrands ialah Gardenia. Begitu lah. Kalau anda rasa tips ini berguna, boleh SHARE post ni ya.

.

Bila anda share, anda sebenarnya sedang membantu pengguna tegar Premium Beautiful Corset yang lain di luar sana mendapatkan servis terbaik penjagaan korset mereka melalui Premium Beautiful Expert yang sah.

.

Amacam uols, kalau iols menulis ala-ala skema macam ni okay tak? Hahaha. Ke macam pelik?? Hahaha. Saje je kan, akak tetap Olin yang huha huha tu. hihihi. Okayy laaa til next entry!! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

  1. Pingback: Olin Safura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *