Diamond Night April 2017 : Part 1 : Terima Anugerah Diamond Sales Manager

Assalamualaikummm!

Lama tak menaip kat sini ye. Alhamdulillah diberi kesempatan nak share latest event yang Olin hadiri bulan lepas. Majlis Diamond Night ni start tahun lepas SHOM (Sahajidah Hai-O Marketing) buat dua kali setahun, sebab punya lah ramai usahawan yang terima anugerah kan. Dalam majlis ni, anugerah yang diraikan ialah pencapaian Diamond Sales Manager (Jualan terkumpul RM180,000), Double Diamond Manager (Jualan terkumpul RM720,000) dan Car Fund Achievers (Pemenang Tabung Kereta). Alhamdulillah Olin naik pentas untuk terima anugerah Diamond Sales Manager, yang mana due date untuk terima award nih ialah pada September 2016 yang lepas (cut off time nak naik pentas memang awal sungguh). Means kalau ada yang capai sesuatu pangkat selepas cut off time, kena naik pentas yang berikutnya lah. heheh..

Entry kali ni memang banyak sangat gambar tau, harap jangan muntah lah hahahah.. Kali ni SHOM buat Diamond Night first time kat Setia Alam Convention Centre (SACC) nih. Bangunan baru sangat, so everything layout semua memang cantikkkk! Tema malam tu is GATSBY, ala-ala 60s-70s lah, bling-bling and rambu ramba diamonds. Uols boleh google je tema nih, macam filem Leonardo Dicaprio tu heheh.. So far semua yang hadir tu Olin tengok memang kebabom punya dress up, lawa-lawa belaka! Event start pukul 6 petang macam tu lah, tapi yang mana terima anugerah mesti datang awal untuk urusan pendaftaran dan photoshoot for front cover magazine.

SERONOK aihh muka kita kat depan muka majalah! Bukan apa, macam-macam pengalaman first time Olin bersama TLC (Top Leaders Circle) dan SHOM nih. Pengalaman yang tak boleh dijual beli kat mana-mana pun. I think its because being in this circle banyak mengubah cara Olin berfikir dan bertindak kot. Alhamdulillah dan InshaaAllah ke arah yang lebih baiklah ye. Uols doakan lah okayy aaminn. hihihi..

So here are the photos for the dayyy

Tahun ni SHOM dah masuk 25 tahun tau. So ulangtahun SHOM yang ke-25 November ni dah boleh expect lah confirm gilang gemilang sambutannya! Dengar-dengar nak buat kat Stadium Shah Alam, ye atau tidak tu tak tahu lah kan, SHOM ni bukan boleh main-main sat lagi betul-betul dia buat hahah..

Sakan TLCians posing tepi hall. TLC memang terkenal dengan title TREND-SETTER, and professionalism is one of our key success in this Premium Beautiful business. Kalau dah professional tu means mesti expert lah dalam hal-hal berkaitan PB nih kan. Semua kat dalam gambar ni PAKAI Premium Beautiful, termasuklah yang gentlemen sekali. yang pregnant jelah tak pakai PB hihihi..

Tak cukup tepi hall, kat depan pintu masuk pulak hehe.. Kali ni SHOM provide macam-macam props yang cantik-cantik untuk kami ambil gambar. Yelah, bila event grande macam ni semua orang well-dressed, make up, and ada photographer professional yang ambilkan gambar. Kali ni macam biasa Olin uruskan photographer. Memang dah booked En Aris as our official photographer lah gamaknya. En Aris pun dah boleh hafal event kitorang bila. hahah..

 Three iron ladies yang jadi IDOLA Olin – CDM Ismalina Ishak, CDM Salha Zain, CDM Izyan Liyana. Oh for your information, CDM ni stands for Crown Diamond Manager (total sales terkumpul lebih RM2juta)

Premium Beautiful Angels ambil peluang bergambar dengan IKON SOHONITA MALAYSIA CDM Salha Zain (yang tengah pakai baju putih merelip-relip tu) 

Kita posing kat kereta antik ni sat. Tak tahu lah SHOM sewa berapa kereta ni. mahu beribu riban ni, I think mungkin dah masuk sekali dalam pakej event planner kot. Dah company belanja tuh, apa lagi guna jelah ye takk

Pose with my sisters, mentor and my proteges. Dari kanan Olin tu Titie Wahab (PB Expert Perak), CDM Ismalina Ishak, and di sebelah kiri Olin are Shamizan Sharuni (PB Expert Damansara) and Shareefah Naweerah (PB Expert Shah Alam)

Masa ni konon nak acah-acah pose gelak, sat lagi tergelak betul-betul pulak.ape tah Sha buat lawak tuh hahah..

Ni antara my pioneer protege lah, dua-dua dah naik pentas SM SSM Award Day Februari lepas, so malam Diamond ni diorang datang celebrate Olin pulak. Thank you sayang koranggg!!

Saje nak gosip sikit.. dulu kan, Mizan ni lah antara protege Olin yang paling “kayu” sekali bila suruh posing. Korang tengok dia sekarang, bukan main lagi yeh. Kita pulak diajak pose macam gitu macam gini. Belajor dari siapa lah ni?? hahahah..

Candid sikit.. terlebih kurang sama pulak warna tema baju kitorang yeh.. hehe.. ni lah antara orang yang bertanggungjawab bawa Olin sampai ke tahap ni. Syukur alhamdulillah dipertemukan dengan mereka..

Barisan CDM SHOM berdiri atas pentas. Makin bertambah tahun makin ramai yang berada atas pentas Diamond. Memang kena buat event kat stadium je lepas ni. Stage besarrr hihihi..

Sekitar majlis Diamond Night. VVIP table.

Ada showcase shawl terbaru dari Rizman Ruzaini!!! Ya Allah lawa-lawa!! Stay tuned for next entry (Part 2) sebab Olin akan tunjuk gambar-gambar showcase tuh. Siap ada Part 2 sebab banyak sangat gambarrrr hahahah..

Makanan SEDAP GILA!! SHOM ni kalau bab makanan tak pernah tak sedap! Maklumlah, akak kan suka makan tanpa rasa bersalah tuh hihii.. masa ni akak makan laju gila sebab lapar and lepas tu turn akak untuk naik pentas terima anugerah. Nak pergi beratur laa kononnya lepas makan tu kan. Siap pesan kat Mizan desert nanti simpankan yeh hahahah.. nampak kan betapa lah penting bab makan tu, sebab tu Olin WAJIB sarung Premium Beautiful, sebab tak boleh jaga makan disiplin macam orang lain. Kalau uols pun ada masalah nak kontrol makan sedap-sedap macam Olin ni, atau ada ahli keluarga atau kawan-kawan uols ke, ada baiklah kiranya sarung je perisai Premium Beautiful sesiap. Bukan apa….takut makin lama dibiarkan, makin besar laa saiz badan!

Adui laa… rasa tinggi benau atas stage tuh. gayat iols. hahaha mengadaaa!

Turun stage mentors TLC dah tunggu. Turun terus peluk CDM Ismalina dulu sebab asbab beliau lah Olin berjinak dalan dunia bisnes baju dalam Premium Beautiful ni. Asalnya dulu nak pakai PB untuk sakit belakang dan kempiskan perut buncit, rupa-rupanya Olin pun ada peluang nak buat income besar dan capai impian Olin selama ni. yelah, kita dah kerja 5-6 tahun tapi still tak dapat bayar PTPTN yang berkepuk-kepuk yang asyik lah generate interest tiap-tiap bulan kan.. Kalau uols pun ada masalah nak bayar PTPTN tu, dah jatuh hukum kena cari EXTRA INCOME! Olin boleh share dengan uols macam mana Olin buat untuk tutup hutang sedia ada. Sikit-sikit dengan income bisnes Olin dapat tutup hutang PTPTN tu Alhamdulillah. Yelah bukan sikit, puluhan ribu juga lah kan huhu..

With PB Expert Johor DSM Fateha Fatin. Power beliau ni. Asal dulu mula berniaga dengan SHOM hanya sebab nak share tentang sabun hijau Marine Essence tu je, sebab Fatin mempunyai masalah kulit sensitif. Alhamdulillah kulit dah okay dah pun. LAWA kan orangnya. hihihi..and bila Fatin nampak peluang bisnes Premium Beautiful ni boleh GO BIG, she decided to focus on Premium Beautiful. Chaiyok!!

Alaaa kasi chance laa akak nak posing bebanyak ye tak. hihihi.. Actually head to toe ni baju pinjam je. hahah.. most people tanya jugak Olin beli kat mana. BAJU ADIK OLIN PUNYA. dia beli kat Zalora je punnn heheh.. baju raya season bila entah. Dulu kannn…ehh nak gosip lagi hahah.. dulu kan, Olin tak dapat sarung langsung baju adik Olin tuh. Especially yang agak ketat kat bahagian lengan. Now I believe asbab berPremium Beautiful consistently – really did wonders! Bukan setakat kempiskan perut, LENGAN PUN KURUS! Happy iols! Yang Olin beli just a VEIL. hahahah..and of course kasut lah. kalau kasut pun boleh pinjam, rasa akan pinjam jugak kot. hahaha.. bukan apa, masa dah suntuk sangat nak tempah baju, and pada Olin jangan membazir. hihihi.. Masa nak beli VEIL tu pun ada kisah dia. Diamond night ni kan petang baru start, pagi tu Olin still meround cari veil kat Shah Alam hahaha..GIGIH sangat. blerghhh

CDM Ismalina Ishak, my direct mentor naik stage for Carfund Achievers!!! heee bestnya bisnes nihhh!!! income dapat, kereta pun company bayarkan!!!

With pemenang Carfund Achievers and TLCians yang lain! bergambar dengan plak kunci kereta.. bestnya tengok mentor-mentor dapat. InshaaAllah lepas ni kita pulak menyusul. Uols doa-doakan lah yang terbaik yeh. Olin pun doakan kita semua berjaya Dunia dan Akhirat!

Tak sah kalau PB Expert tak ambil gambar dengan beg Premium Beautiful ye tak. Ambil mood bergambar tepi kereta CDM. hihihi.. DOA YANG BAIK-BAIK, DAPAT YANG BAIK-BAIK. Alhamdulillah, daripada tak reti cakap tentang produk (sebab pakai je kan dulu bukannya niat nak share), tak reti nak berdepan dengan orang or stranger kalau bukan urusan kerja kat office, sedikit demi sedikit Olin di-groom-ed oleh mentor-mentor dalam TLC nih menjadi Olin yang sekarang. Zaman dah serba canggih, ilmu ada di mana-mana dan kita boleh pilih untuk MULA. Alah why not kan sambil pakai tu kita buat income 4-5 angka just by sharing what’s best about Premium Beautiful. Tak rugi apa ponn.. Kalau uols berminat untuk membina empayar bisnes, TLC memang sediakan business mentoring service untuk usahawan-usahawan baru. Just contact je Olin okayy! Stay tuned for next entryyy muahhh!

xoxo,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *