TLC Leaders Summit 2016: Mencari Skirt Extra Labuh

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas and dapat tatap wajah orang-orang tersayang.. And masih diberi peluang untuk improve diri, kehidupan dan ekonomi keluarga InshaaAllah.. Semua orang impikan yang terbaik untuk diri masing-masing, yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga.. Olin sendiri pun sama..

Pada Olin, takpe lah Olin bersusah payah sekarang, untuk kesenangan anak-anak Olin masa hadapan nanti. Especially bab saving pendidikan diorang nih.. Yelah, kalau dulu nak harapkan gaji hakiki je, memang tak cukup. Semakin besar gaji, semakin banyak komitmen. Lahirnya seorang anak, datangnya dia bersama komitmen, dan juga rezeki. Untuk Olin, komitmen melahirkan Nafisa datang bersama rezeki berbisnes Premium Beautiful bersama PB Angels by Top Leaders Circle (TLC) dan Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM). Alhamdulillah, dengan asbab berniaga, now Olin dapat buat full time bisnes, dan sambung belajar. Ada hari yang tak ada kelas, Olin boleh ambil anak awal. Dan boleh set appointment bisnes ikut waktu yang sesuai, tak perlu nak hadap jammed lagi. Itu pun satu nikmat dah, siksa tau hadap jammed nihh huhu..

Berniaga dengan TLC and SHOM ni, ada banyak majlis ilmu yang kami diberi peluang untuk hadiri. Daripada kelas Rabu di Dolomite Centre, sampailah ke event-event khas TLC tauu

Last month pertama kali Olin dapat jemputan khas untuk majlis Top Leaders Circle. Jemputan khas dari Top Founder Top Leaders Circle sendiri, CDM Kak Salha Zain!

TLCSUMMIT2016-olinsafura

Kalau nak tahu, CDM Salha Zain ni ialah Ikon Sohonita Wanita Malaysia. Pada yang tak tahu, title CDM ni stands for Crown Diamond Manager, mean dah buat lebih dari RM 2 juta sales. Olin rasa beruntung sangat berada di bawah naungan TLC nih sebab mentor-mentor memang dah terbukti berjaya!

TLCSUMMIT2016-olinsafura

Allahu… semangat tau nak pergi majlis ni!! Sebab majlis ni hanya untuk Diamonds saje. And intipati agenda majlis pun berbeza dengan kelas biasa. Memang grandeeee ? Baca tajuk je dah grand dah rasa kan. UNLOCK THE SECRETS OF BECOMING A 360 LEADER! Memang beruntung lah dapat terpilih untuk hadir grand event TLC sebab agenda event memang selalu buat kita jadi rentung! Rentung dengan ilmu dan aura positif!

Actually masa dapat invitation ni, tinggal seminggu jer lagi tarikh majlis. Pergh mencari baju lah kiter tau sebab tema dia Baby Blue Khakis. Olin mana ada skirt khakisssss. Setahu Olin, last Olin pakai warna khakis nih was in boarding school. Kain khakis tu mana pergi pun dah tak tahuuu hahaha.. 

So lepas kelas hari berikutnya, terus shoot pergi Bangi Sentral. Ya Allahhhh banyak giler pilihannn!!! Tapi tapi tapiiii… Untuk orang yang badan kecil molek lah.. Olin ni memang lah saiz normal L or XL je tapi bila bab panjang and labuh, kantoii!! Kekadang terpaksa beli saiz XXL and alter pinggang and punggung kain bagi kecik, asalkan dapat labuh kain yang dikehendaki! Sedih makkk.. hukhuk

So pusing satu Bangi Sentral lah jugak hari tu kan. Lain nak beli lain yang dapat. Nak cari skirt tapi dapat shawl (apehal kan hahaha). Tapi yang best beli shawl Papilio tu satu je, dapat free lagi satu. Kebetulan birthday owner dia. Heheh rezeki jangan ditolak. Hihihi

Pusing cari skirt and I found SkirtBySisters. Masuk je butik dia, rambang mataaaa ? 

 

Tengok, siap mesej mentor sebab nak tanya skirt mana yang sesuai. Memang fail bab cari warna nihhh. Malas nak fikir sebenarnya hahah ?

Anyway tajuk beriya sangat kan mencari skirt sangat hahahaa.. But actually memang lah killer subject bagi Olin kalau jenis mencari ready-to-wear nih tau, sebab Olin dari kecik memang either beli baju orang dewasa, atau tempah. Memang nan hado lah nak beli baju siap tuh, memang sampai ke sudah tak dapat saiz yang ngam. Kena duduk kat London nun baru dapat saiz yang betul agaknya. Tapi orang London pulak yang tak pakai skirt-skirt labuh gini, ye tak?? Nasib baik lah Premium Beautiful corset ada 8 saiz. Kalau tak susah lah pulak nak kena custom made bagai lagikkk heheh

 

TLCSUMMIT2016-olinsafura

Ni flatlay malam sebelum event

TLCSUMMIT2016-olinsafura

Sampai awal sikit so boleh lah tolong mentor Olin, CDM Ismalina dan CDM Izyan settlekan goodies hihiii..

TLCSUMMIT2016-olinsafura

Ootd. Outfit of the day.. Baju and shawl from my own collections, skirt by SkirtBySisters, and obviously dah bisnes Premium Beautiful kan, mesti lah pakai Premium Beautiful jugak, baru lah pakai baju apa pun kemas terletak ewah heheh.. Ni PB Angels Fateha Fatin yang snapkan gambar. Ada talent photographer nampaknya tuhh hihihi.. Yelah, dalam TLC ni kan ada macam-macam profession. Guru, doktor, nurse, chartered accountant, banker, suri rumah, and so on..

TLCSUMMIT2016-olinsafura

Barisan TLC Master Trainers. Sempat lepas event kami celebrate birthday CDM Salha dan CDM Hidayah. Sedap gilos kek dia weiii

TLCSUMMIT2016-olinsafura

Premium Beautiful Angels bersama TLC Founder CDM Salha Zain dan CDM Al-Faath. CDM Al-Faath ni pakar IT tau. Berhenti kerja dan fokus bisnes dengan TLC dan SHOM je. Alhamdulillah ilmu dari ayahanda kami ni banyak bantu kami dapatkan sales tak putus dari online channel!

 

TLCSUMMIT2016-olinsafura

Alhamdulillah berpeluang untuk mendengar perkongsian dari TLCians yang hebat-hebat nih. Macam mana mereka jual beratus-ratus malah beribu set Premium Beautiful! Olin dulu memang tak pernah terbayang akan involve dengan benda-benda macam ni tau. Yang Olin tahu, kerja family kerja family. Sambung belajar pun tak pernah ada dalam kepala, apetah lagi berbisnes!

Tapi yelah kan, dah Allah kata Kun Fayakun, maka jadi lah ia. Syukur sangat berpeluang jumpa Premium Beautiful dan dikelilingi dengan orang-orang yang positif, beraura dan walk the talk. Olin tahu bisnes memang tak senang, tapi kalau ada mentor, kita takkan sempat jatuh, dia dah tarik tangan kita. Semoga Allah rahmati dan lindungi mentor-mentor Olin nih, sayang sesangat ukhwah nih. Dari strangers, jadi close friends, dah macam siblings feeling dia tau. heheh

 TLCSUMMIT2016-olinsafura

 

Alhamdulillah event berjalan lancar. Sporting betul TLCians. Kepada yang berminat nak join bisnes bersama kami, boleh je contact Olin. InshaaAllah Olin cuba sedaya upaya untuk bantu.

xoxo,

signature olinsafura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

2 Comments

  1. Yeay! Paper bag SkirtBySisters (dlm tu ada sabun Marine Essence & My Choice) ada dekat rumah Dee skg.. Nak bgtau itu jer..hahaha.Ok bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *