NAK CHECK-IN HOTEL YANG ADA PRIVATE POOL DENGAN HARGA MURAH? JOM BACA SINI









Tahun 2019 baru bermula, tapi sis check availability kat Airbnb dah banyak yang fully booked. Especially untuk cuti Chinese New Year nanti kan dah nak dekat ni. Tambahan ramai yang bertanya pada sis about my latest staycation di Port Dickson, mainly about hotel yang sis duduk bermalam masa tu (Tasik Villa International Resort).

Kejap. Ada yang tanya sis apa itu Airbnb. Actually Airbnb ni sama je function macam Agoda, Trivago, Traveloka. Search engine untuk best price for hotels, flights etc. But Airbnb  specific for homestay and experience❤️ Best tau Airbnb ni coz its international not only Malaysia ok. Sesuai sangat untuk yang suka travel tapi nak murah, lepas tu Airbnb ni sangat boleh dipercayai coz the hosts of the homes semua berdaftar and genuine. Boleh tengok yang jenis SuperHost tu haa yang tu tahap kira tinggi la rating dia berdasarkan feedback dari customers. 

Uols boleh dapat diskaun RM120 untuk first trip uols using Airbnb bila uols daftar diri kat link ni >> https://abnb.me/e/mDhyoCN3dT

Sambung balik throwback ke PD ni hehe. 

Asalnya plan kami nak ke Cherating tapi memandangkan musim hujan dan tanah runtuh, kami tukar plan ke PD. Basically kena faham juga apa purpose kita check-in kat hotel yang kita nak. And opkos la kalau rakyat marhaen macam sis mesti la nak kena tengok bajet juga. Target sis masa tu nak hotel yang ada kolam dalam bilik tapi nak harga murah😅 Yelah kalau mandi kat public pool tak boleh lah nak sukati je kan. Kena tertib bak perempuan melayu terakhir🙈

Initially we were eyeing Lexis Hibiscus or Grand Lexis PD. But until last minute pun still undecided, kononnya nak tunggu harga turun lagi.

Last-last, all rooms fully booked!🙄

Itu lah orang dulu-dulu cakap, orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang. Hukhuk.

Hari yang nak pergi PD tu hari Sabtu. Jadi lepas Subuh sis dah start on semua apps, Agoda, Trivago, Expedia, Airbnb, hingga Google Search pun masuk dalam senarai enjin carian pagi tu. Scroll punya scroll, ternampak iklan Tasik Villa International Resort. Bila tengok harga, boleh tahan juga dan masih dalam bajet. Serius tak pernah tahu ada resort ni di PD. Mungkin baru lagi kot. Bila compare harga between Trivago, Expedia, dan website hotel tu sendiri; Agoda paling murah. Tanpa fikir panjang, booked dan bayar je. Price range varies depend on room/villa design, ranging from RM400 to RM1000 kalau tiada promo. Macam sis hari tu ambil Family Villa, harga asal walk-in dalam RM1000++ tapi opkos kalau tengok kat Agoda boleh dapat diskaun, tinggal RM600++ begitu. Plus sis ada voucher, jadi sis bayar dalam RM500++ untuk dua hari satu malam.

Perjalanan dari Bangi ke PD ambil masa dalam 2 jam. Tasik Villa ni kat area Lukut. Yang bestnya kawasan tu banyak tempat makan, ada Tesco Extra, dekat dengan petrol station juga. Sebelum check-in hotel, sempat ke Mr.DIY dulu di Tesco Extra tu, beli pelampung dan bola mainan (as if kat rumah takde, kalut excited sangat dapat hotel, sampai lupa nak masukkan pelampung dalam boot kereta😒)

So here is the REVIEW🤗 sis bebel lagi kat gambar seterusnya ok.

Boleh check-in 12:00pm, jadi kami singgah main-main dulu kat Wild West Cowboy Indoor Theme Park ni. Fees dia boleh tahan tapi mainan tak banyak sangat. Boleh lah buat isi masa sebelum check-in.

Sis pun ambil kesempatan naik horse wheel ni. Tak pernah naik seumur hidup nak juga merasa sekali😆

Okay kami dah checked-in. Kereta boleh parking depan villa, berbumbung kanopi. Tasik Villa ni ada beberapa pilihan bilik dan design. Ada ala-ala clubhouse villa, water chalet, dan deluxe room hotel.

Yang kami duduk ni, Family Villa (kategori clubhouse), yang mana designnya seakan-akan rumah teres dua tingkat. Ada balkoni kat atas, parking lot depan rumah, dan backyard yang menempatkan private pool.

Maaflah gambar tak berapa nak lawa sangat. Nak cepat masuk anak-anak dah tak sabar nak masuk “rumah baru”🤣

Ruang tamu ala-ala tudor design. White theme. Cantik dan polos. Sis suka simple macam ni. Yang penting luas. Nak tidur bergelimpangan pun boleh.

Biasa lah mak-mak confirm tengok dapur dulu kan. Kelengkapan lengkap cuma tak boleh memasak saje lah. Kettle, fridge, microwave semua berfungsi dengan baik. Ada disediakan kopi/teh 3in1 tapi sis tetap bawa bekal #MinKaffe dan #MinCha. Hihi.

Sis suka table top tu comel je kan, cuma Hanin beberapa kali juga lah terhantuk kat situ. Jadi kena hati-hati.

View private pool dari pintu dapur. Kedalaman 1.2 meter. Kanak-kanak bawah umur dinasihatkan pakai pelampung atau dengan pengawasan orang dewasa.

Private pool ni takde kanopi jadi kalau mandi dah tengahari memang hadap jelah sunburn😂 waktu kami tiba tu cantik je hujan rintik-rintik turun. Orang Muo kata “semakai” la, maksudnya just nice timing tu. Jadi ada lah alasan ibu ayah nak lepak sekejap menikmati sofa melepaskan lelah sebelum terjun bersama anak-anak dalam kolam🙈

Aci tak nak ambil gambar bilik air bawah. Tiada shower, mungkin sebab bilik air ni untuk orang tukar baju lepas mandi kolam.

Okay now kita ke atas pula. Tangga agak luas dan anak tangga pun lebar. Kira okay la untuk orang kaki gajah macam sis. Hihi.

Pemandangan kolam dari tingkap besar di tangga.

Bilik utama. Katil king size. Perkara pertama opkos baring hempas diri kat tilam. Saje nak tengok melantun tak. Surprisingly tak melantun, tapi tenggelam. Haha. 68KG kan🤣

Cantik meja dinding. Kadang-kadang pergi tempat orang ni kita boleh lah ambil idea untuk rumah sendiri nanti. Berangan kan Free. Hehe.

Dari pintu bilik utama tadi, belok ke kiri terus ke bilik kedua. Bersambung tanpa pintu. Kalau nak privacy (dua bilik dua pintu) boleh book Two-Bedroom Villa.

Dua katil single. Sis alih dan cantumkan, jadikan 1 katil. Bukan apa, takut anak-anak tidur jatuh tergolek tak sedar.

Lengkap almari. Dalam tu ada iron dan iron board sekali.

Bilik air utama ni sis suka. Berangan la dulu. Kemas dan jubin tak licin.

Balkoni dari bilik utama. View dari balkoni waktu pagi. Depan tu boleh nampak ada tempat BBQ, Gym, Water Chalet, Hotel Lobby.

Layankan anak-anak main kat Gym. Peralatan lengkap boleh tahan siap ada punchbag baru. Hehe. Sis perasan ramai juga yang datang ni corporates yang buat team building, etc. So various type of guest la juga kat sini.

Lobi hotel yang luas dan suasananya pun best, tenang. Sofa cantik dan cozy❤️

Bergambar depan restoran, tapi tak nampak restorannya. Haha.

Grand stairs ke atas. Rasanya ada convention hall kat atas. Tak habis pusing pula sebab dah gayat. Haha.

Model pokok kelapa🤣 Petang-petang ada yang datang mandi manda kat public pool. Yang tak mandi kat pool, boleh main kat play area. Ada banyak pilihan mainan, congkak, chess, dart, uno stacks, corrum, dam haji, dam ular pun ada.

Untuk yang suka aktiviti outdoor, disediakan basikal (ada basikal yang ada seat kids), boleh berkayak kat tasik, kayuh kereta air, etc. And ada jugak sauna house serta urutan. Cuma sis tak berkesempatan buat aktiviti outdoor atau berurut ni lagi. Next time boleh cuba.

Malam-malam ada persembahan music fountain untuk guests. Cantik wo. Dekat sejam juga. Ambil kesempatan kali ni bawa parents ke sini. Bergambar kenangan bersama mak dan kakak.

Macam-macam warna. Guest yang duduk di water chalet boleh keluar ke balkoni dan tonton dari chalet masing-masing. Lagu-lagu yang dimainkan pun best-best. Dah puas tengok music fountain, moh ler kita balik ke villa.

View private pool waktu malam. Anak-anak mandi lagi satu round😅

Ni gambar lepas sarapan pagi. Percuma termasuk dalam pakej untuk anak beranak. Makanan okay macam biasa standard hotel lah kot. Nafisa makan omellette sampai 3 pinggan😂

In overall sis puas hati dengan staycation kali ni sebab it was beyond my expectation. Mood happy je dari awal sampai akhir. Layanan pihak hotel pun bagus. Fully recommended!

Singgah kejap pusing-pusing ke Lexis Hibiscus. Lain kali boleh try sini pula. Hehe.

Februari 2019 plannya ke Johor Bahru.

Uols ada idea staycation best-best tak? cer komen❤️

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.