Pengalaman dan Tips Berpantang dengan Bengkung Moden Premium Beautiful

Assalamualaikum uols!

Lately banyak Olin baca posts and entries tentang pengalaman berpantang normal and ceaserean (czer or c-sect). There has been years of debate on which one lebih sakit, lebih penat, bersalin normal atau czer? Olin rasa tak perlu pun debates tu semua. For me, ketentuan tu hanya bila ada kat labor room, apa yang kita plan, tak semestinya sama dengan apa yang Allah plan betul tak? Alhamdulillah, Olin bersalin Hanin dan Nafisa secara normal. Cuma nyaris lah masa Nafisa tu nak kena bedah. Kalau teringat balik, memang tak sanggup rasanya nak bersalin lagi. Tapi Allah tu Maha Kaya kan. Dia cipta wanita ni penuh rasa kasih sayang. Sampai tak ingat pun sakit bersalin tu macam mana rasanya. Sebab tu seorang ibu boleh bersalin lagi dan lagi. Subhanallah..

Sedar-sedar Olin pun dah ada anak dua dah uols.. Macam baru je kahwin rasanya. hahahaha.. perasan! Padahal dah masuk 5 tahun. Alhamdulillah.. 

Kalau cerita bab bersalin, memang panjang ceritanya. I think I should share bab berpantang je dulu. heheh..

Olin jumpa Premium Beautiful ni setelah setahun bersalinkan Hanin. So masa berpantang tu, memang guna bengkung tradisional lah. Bukan yang jenis bertali-tali siap jahit tu tau. Olin pakai yang kain panjangggg tu.

Pakai dia uiii bukan main lagi, kena ikat hujung kain kat kepala katil. Lepas tu lilit-lilit lah badan kita dari hujung lagi satu ke hujung kain yang kat kepala katil tu. Untung-untung ada orang pakaikan. Selalunya mak bidan urut (confinement lady) lah pakaikan, cuma kalau lepas habis waktu berurut tu dah kena pakai sendiri lah, atau suami/emak/makcik pakaikan.

Nak buang air memang lah boleh je tarik sikit ke atas bengkung tu, tapi lepas buang air, confirm rasa longgar dah bengkungnya. Olin pulak jenis teliti sikit bab berbengkung ni. Tak boleh rasa longgar sikit bengkung tu, mula lah nak buka bengkung dan pakai semula. RENYAH kan! hahaha..

Olin pakai jugak bengkung jenis tali-tali tu, cuma badan Olin ni panjang, tak boleh beli yang siap jual kat kedai. Terpaksa tempah, nasib baik makcik sendiri tailor, boleh lah mintak tolong dia jahitkan.

Bengkung tali macam ni memang mudah sikit nak pakai. Untung makcik Olin boleh jahitkan cover habis perut sampai peha. Cuma kalau beli siap jual tu, pendek untuk Olin and takde kain lapik sebelah dalam untuk cover tengah perut sepenuhnya. Perut kita tak kemas lah bahagian terbonjol-bonjol yang tak kena ikatan tu terkeluar.. gambar ihsan pakcik google ni tunjuk model kurus je, hakikatnya, lepas bersalin mana ada kempis perut macam ni. huhu.. Bahagian geleber dan lembik tu memang macam terbuai-buai tau. Tali bengkung zigzag macam ni memang menekan habis kat lemak-lemak kita, sampai berbekas-bekas kekadang tu. Bila buka je bengkung ni, Olin perasan lemak-lemak degil tu jadi macam bentuk zigzag lah! Olin tak blame mana-mana pengeluar bengkung tauuu. Jangan uols kata Olin ni fanatik pulakk huhuhu.. RILEKS, Olin pun pakai lah bengkung tradisional! Olin just share pengalaman Olin sebab Olin dah merasa pakai kedua-dua bengkung tradisional dan moden. Olin pun pakai bengkung tradisional minggu pertama-kedua berpantang sebab nak pakai Premium Beautiful full set pun tak boleh masa tu, sebab luka episotomy tu pun belum baik.

Alternatif pada ibu-ibu muda yang busy bekerja, tak sempat nak belit-belit ikat bengkung tradisional ni sepanjang proses berpantang tu, ibu-ibu berpantang boleh cuba berbengkung dengan Premium Beautiful. Mungkin apa yang Olin boleh cadangkan, untuk pengeluar bengkung tali tu, jahit lah kain pelapik kat dalam bahagian yang tali-tali tu, supaya tutup habis perut kita. Biar panjang sikit kainnya gitu. hihihi.. cadangan je ni cadangannnn hehehe.. Sebab my aunty buatkan Olin bengkung tali tu boleh je cantik je kan.. hihihi

So, macam tu lah sampai habis proses berpantang masa bersalin Hanin. Anak sulung kan, mak kata apa pun ikut jelah. Nak badan cepat kurus katanya. Masalahnya bahagian badan lain nampak lah kurusnya tu. Tang PERUT tu yang TAK KEMPIS! Padahal kan, Olin pakai tau losyen panas lah, kapur limau nipis lah, param lah, macam-macam. huhuhu.. Jamu pun Olin konsisten. Masa tu makan jamu Kencur. Tak sure lah kan apa masalahnya, maybe tak cukup bertangas ke, atau tak cukup bertungku? Wallahualam..

Dah lepas berpantang, terus lah stop berbengkung. Sibuk nak menyusukan anak pulak. Memang tak dan langsung nak fikir perut yang dah geleber tu lah kan. For about 1 year, I did not have any full body photo! Yang ada pun gambar separuh badan, gambar muka je, atau gambar sedang duduk. Nampak tak betapa tak sanggupnya nak ambil gambar. Kat social media penuh gambar anak je (normal lah kan ibu baru mesti nak post gambar anak dia saje heheh)

Bila dah jumpa Premium Beautiful, sempat pakai dalam 6 bulan je. Tahu-tahu dah ada isi dalam perut. heheh.. So lahirlah my 2nd baby Nafisa pulak. Bermula lah pengalaman berpantang Nafisa. Alhamdulillah despite of pengalaman menakutkan masa bersalinkan dia tu, nyaris nak kena operate, Allah tetapkan Olin bersalin normal juga. Masa check up last day before bersalin, dah standby siap-siap dah Waist Nipper dalam beg baju. Alang-alang dah ada Premium Beautiful kan masa tu, dah plan nak berpantang guna bengkung moden pulak. Mak pesan bawa kain batik untuk balut perut sementara nak keluar wad and balik rumah. Padahal kita dah sarung Waist Nipper Premium Beautiful hehehe..

Alhamdulillah saiz bengkung Waist Nipper yang Premium Beautiful Expert Olin bagi tu sesuai Olin pakai walaupun baru lepas bersalin, Cuma Olin kena longgarkan tali belakang dan pakai cangkuk yang paling luar sekali. Ketat sikit lah sebab perut lepas bersalin kan macam masih pregnant 6 bulan. Cuma perut kita tu lembik, so boleh je squeeze in. Tarik nafas dan start cangkuk dari bawah ke atas sedikit demi sedikit. Tidur malam tu kat wad, Alhamdulillah kurang rasa sakit pinggang lepas bersalin sebab dah sarung Premium Beautiful Waist Nipper.

TIPS BERPANTANG DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL

  1. Tips nak pakai Premium Beautiful lepas bersalin ni memang Olin sarankan sarung Premium Beautiful Waist Nipper je dulu sejurus selesai urusan bersalin kat labor room. Elok juga sarung tu selepas mandi Wiladah (mandi lepas bersalin), kalau nak bersih-bersih sikit lah kan. Kalau tak boleh cangkuk dari bawah ke atas tu sampai habis, cangkuk je sebanyak mana yang boleh cangkuk lepas tu kemas kan je tali Waist Nipper tu.
  2. Balik je rumah, dalam masa 1-2 minggu, berpantang tradisional macam biasa, makan minum berurut bertangas bertungku dan sebagainya. Olin kena pakai jugak bengkung tradisional masa tu, tapi malam Olin sarung Premium Beautiful Waist Nipper. Malam pun kita tak banyak bergerak ye tak. So selesa juga baring dengan Premium Beautiful Waist Nipper tu, nak menyusukan anak sambal baring pun tak lah takut sangat rahim kita beralih ke kiri atau kanan. Penting tau bertangas bertungku tu sebab nak buang angin jahat dan darah nifas dengan lancar. Socks pun wajib pakai sepanjang proses berpantang. Telinga pun mak pesan jangan bagi masuk angin so kena pakai anak tudung ke apa untuk cover (hahaha, macam-macam kan pantang larangnyaaa). Lepas rahim dah kecut ni biasa perut kita jadi flabby lah, belum kempis betul lagi. Bila dah flabby, lagi senang nak cangkuk habis Premium Beautiful Waist Nipper tu.
  3. Lepas luka bersalin normal tu dah baik, Olin start sarung Premium Beautiful Long Girdle pulak. Masa start pakai tu, Ya Allahhhh rasa GRIP betul lah perut kita! Terus rasa kuat tau badan, sebab tak rasa dah rahim kita terbuai-buai. But I still jalan slow-slow lah, mana boleh jalan laju-laju walaupun rasa dah kuat hehehe.. padahal kekadang tak perasan jalan laju semacam.. tahu jelah, anak dah dua kan masa tu. Dengan Hanin sibuk nak kacau adik dia. Sabar jelahh hahaha..
  4. So bilanya nak sarung Premium Beautiful Long Bra? Olin tak sarung Long Bra sampai lah habis berpantang. Sebab Olin dah standby siap-siap Premium Beautiful Short Bra since masa mengandung lagi. Alhamdulillah selesa sangat pakai Short Bra sebab dapat elak bengkak susu. Olin pernah kena tau demam bentan dalam waktu berpantang. Demam sebab dah lah kena bengkak susu, sakit gigi lagi. Terus kena tahan wad, mampu? hahahah.. Tips nak pakai semula Premium Beautiful Long Bra ni senang je, kalau ukur lilit badan kita tak muat, boleh pakai bersama bra extender. Sementara je, sementara badan kita nak get in shape!
  5. Pakai Premium Beautiful semasa berpantang ni kena BERPERINGKAT. Mulakan dulu hari pertama tu 2-3 jam dulu ke, lepas tu buka. Esoknya pakai lagi tapi tambah tempoh jam pakai tu, mungkin hari kedua boleh tahan pakai 4-5 jam pula kan. Tak perlu paksa untuk pakai sebab Premium Beautiful set kita ni pun dah berehat selama 9 bulan. BERI MASA untuk badan kita adapt semula dengan Premium Beautiful. Ulang pakai setiap hari sampai boleh pakai 8 jam sehari.

 KENAPA PREMIUM BEAUTIFUL SESUAI UNTUK BERPANTANG?

Sebenarnya, fungsi Far Infrared Rays dalam Premium Beautiful ni dapat membantu melancarkan peredaran darah, sekaligus dapat menstabilkan hormon ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Rahim pun akan lebih cepat mengecut dan darah nifas akan mudah keluar, cepat habis dan boleh start solat awal even before 44 hari habis berpantang! Eh banyak lah kita dengar kan lately kes-kes meroyan lah apa lah. Nauzubillahi min zalik. Sebagai ibu, despite of any situation, hopefully kita takkan hilang arah dan sentiasa ingat Allah bersama kita. InshaaAllah bila pakai Premium Beautiful ni, ibu-ibu boleh ada more time to spend with the baby and also other things. Sebab JIMAT MASA nak sarung!

 

 I still remember my confinement lady puji habis Premium Beautiful ni sebab bila dia urut Olin waktu berpantang tu, rahim Olin terletak elok je. Do you know that bila kita dah bersalin, rahim kita tu kembang tau, cuba check dua2 tapak tangan uols, besar tu lah rahim kita mengembang lepas keluar baby (sometimes even bigger!) and takkan surut kalau tak jaga betul-betul. Rahim asal kita hanya sebesar duit syiling 50sen je, that was what I have been told lah. Kalau salah, sila lah komen kat bawah entry ni. heheh.. Bidan urut tu punya suka sampai dia pun beli Premium Beautiful ni satu set!

Untuk yang tengah pregnant, uols dah boleh BOOK set berpantang Premium Beautiful dengan Olin, secure harga promosi 2017 ni! Contact je Olin (thru wassap lagi cepat Olin attend enquiries uols). Uols mesej je “Set berpantang Premium Beautiful olinsafura.com”, inshaaAllah Olin akan reply secepat mungkin.

Untuk yang whatsapp olin directly “Set berpantang Premium Beautiful olinsafura.com” tu, uols entitled untuk dapat free gift complimentary to Premium Beautiful set uols tauu! Biasanya Olin akan bagi sekali Herba Maharani bernilai RM98 sekotak untuk uols consume selama waktu berpantang. Dah tak perlu beli jamu lain, dah siap dapat FREE GIFT pulak kann. JIMAT! Kalau nak tahu fungsi yang best tentang Herba Maharani ni, boleh klik link ni okay.

Herba Maharani Set Berpantang

Okay uols, sampai sini dulu. Nak tanya-tanya je dulu pun takpe, contact je Olin okayy

xoxo,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.