Pengalaman Pertama Kali Ukur Client Premium Beautiful

Assalamualaikum uolsss!

Ya Allah kejap je dah seminggu pertama April dah berlalu kan.. masa memang takkan tunggu kita.. so it is good to know that apa yang kita lakukan sekarang, kita suka lakukan. Because to be happy is really a GREAT decision!

Teringat last 2 days Olin coaching my protege. My protege ni pertama kali nak pergi coaching her protege. Olin still teringat masa baru mula-mula ajar my protege ni ukur client dia. (Oh do you know that we can measure you tanpa perlu jumpa face to face? Cuba tengok sini >>> Info Tentang Premium Beautiful). 

Masa tu kan memang kelam kabut minah ni tau hahah.. pita ukur tenggelam kat dasar beg lah, tak jumpa pen lah. macam-macam. Padahal ukur orang je pun kan, gelabah itik betul.. hahah.. suka ye gelakkan orang?? Actually Olin dulu pun dua kali lima jerrr.. hahaha.. Olin pun masa mula-mula bisnes memang jadi macam ni juga sebab kita mula dari zero. Kalau ada yang mula bisnes sebab dah ada genetik keluarga bisnes tu lain sikit lah, ada bonus ilmu dah. Still, bila dengan mentor Olin biasakan diri untuk jadi no.2 and jadi zero supaya dapat ilmu lebih banyak. Percayalah, we will encounter many new things! Bayangkan kalau otak kita ni segelas air, kalau kita masukkan air ketika gelas penuh, apa jadi? Air melimpah kan? Same goes here, bila jumpa mentor, wajib kosongkan gelas and lower down ego, so that pengisian ilmu akan lebih lancar InshaaAllah..

Alhamdulillah, kalau dulu my protege ni belajar ukur-ukur, now dah sampai stage belajar how to coach her protege pulak. Dalam bisnes Premium Beautiful ni mengajar Olin banyak perkara. Daripada tak pandai cakap, sekarang uols boleh tanya apa saje tentang Premium Beautiful ni, InshaaAllah Olin boleh jawab. Daripada takut-takut nak jumpa stranger, sekarang bila jumpa dah macam lama kenal.

Kalau dulu takut sangat nak bisnes ni sebab fikir jual Premium Beautiful confirm kena jumpa orang, kena selalu keluar rumah sampai tak jumpa family, padahal sebenarnya kita boleh set masa kita tu. Flexible je bisnes dengan TLC ni. Bila ada ILMU InshaaAllah apa pun halangan tu kita boleh overcome. Syukur dalam Top Leaders Circle ni semua dah diberi. Coaching free, Online marketing free, Group support yang kuat and macam-macam lagi insentif syarikat Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) provide. 

Sebenarnya memang payah sikit nak ajar orang kalau kita tak experience sesuatu perkara. Memang kena lalui dulu bila kita mula meniaga ni. Selalu Olin pesan pada my new protege, tips nak berjaya, follow orang yang dah berjaya. Orang berjaya ni tak pandang masalah sebagai halangan, tapi nampak masalah tu satu peluang. Sebab tu mereka tiada alasan. 

Olin nak share pengalaman pertama Olin ukur client Premium Beautiful. Waktu tu Olin ukur kawan office. Orangnya kecil molek je. Oleh sebab Olin ni penakut sangat masa tu, Olin tak beritahu satu umat pun kat office tu yang Olin meniaga Premium Beautiful. Lagipun I was sort of orang baru lah dalam company tu, heading a section pulak tu. Kalau beritahu, nanti boss besar tahu. nanti boss kata apa.. Tak cukup ke gaji yang I bagi you ni sampai kena meniaga pulak? hahahah. Tu lah persepsi Olin masa tu. Bodoh kan. hahaha.. padahal boleh je jawab, haah tak cukup boss boleh tak naikkan gaji saya? untung-untung boss nak jawab okay ke kan. Tapi selalunya dia jawab eh eh awak ni (dalam hati, sila meninggal. hahah gurau jerr).

Ada a few friends yang I dah add kat Facebook je yang tahu. So one of them tanya-tanya lah Olin, boleh ke nak pakai Premium Beautiful ni? Orangnya kurus je.. serius laa uols, kurus macam Sazzy Falak tu haa. Jangan ingat orang kurus tiada masalah wanita ye. Dia nak pakai Premium Beautiful sebab sakit belakang. Duduk lama kat office antara penyebabnya. Maybe kalau uols nak baca lebih lanjut tentang testimonial sakit belakang ni boleh klik link ni >>> Premium Beautiful Bantu Kurangkan Sakit Belakang.

Actually my mentor dah ajar kat dalam Premium Beautiful Masterclass dah macam mana nak ukur orang and fitting Premium Beautiful clients ni, cuma bila buat sendiri tanpa mentor ni, nervous dia lain macam sikit. hahaha.. But what I thought was, sampai bila nak tunggu mentor je. Waktu client nak ukur tu tak semestinya sama waktu dengan schedule mentor kita ye tak. Kalau asyik nak tunggu waktu mentor, lambat lah pergerakan bisnes kita ni. Kalau lambat, client kita tu beli dengan orang lain, tak ke haru jadinya?? hahah.. Ye, kalau uols tanya adakah mentor dalam Top Leaders Circle ni ajar sampai macam tu sekali? Jawapannya yes. Berapa kali appointment pun kalau masih perlukan mentor, mentor akan turun padang. Masa Olin ukur client tu, gigil tangan. Tulis ukuran pun typo! hahahaha.. padahal bukan stranger pun, kawan sendiri kot!! 

Punya lah nervous. But yelah, sampai bila kan. Kena step up diri kita kalau nak berjaya. So I did it! Walaupun tak closed on the spot pun client tu, Alhamdulillah berkat ilmu yang mentor ajar, lepas 2 minggu reject, client tu mesej minta nombor akaun bank je. Sebenarnya dah tak tahan sakit belakang, pergi jumpa doktor, doktor bagi ubat tahan sakit je sebab bukan masalah sakit belakang yang serius.. tapi kita nak tunggu masalah tu jadi serius baru kita nak bertindak ke? huhu.


Premium Beautiful ni telah banyak membantu mengurangkan masalah kesihatan wanita. Antaranya ialah;

  1. Sakit belakang
  2. Masalah rahim wanita (gugur, cyst, endometriosis, dan sebagainya)
  3. Nak slim down, nak kurus
  4. Nak reshape lepas bersalin, sebagai set berpantang
  5. Nak kahwin, nak bagi nampak cantik di hari bersejarah
  6. dan banyak lagi.

Bear in mind bila Olin ukur tu, jangan malu jangan segan lah, Olin akan pastikan uols pakai saiz yang sesuai dengan badan. Tak boleh terlalu ketat, atau terlalu longgar. Pakai Premium Beautiful ni macam uols pakai baju dalam je. It is just a change from baju dalam biasa uols pakai tu kepada Premium Beautiful. Bila dah ada saiz yang sesuai, Olin akan fittingkan uols dan pastikan bahagian mana yang perlu uols touch up and sorok lemak-lemak tu. As simple as that. Apa yang uols perlu buat, of course, follow my expert advice and tadaaaaa! uols dapat BODY BARU RAYA ni! 


Okay nak siap-siap kan saiz Premium Beautiful untuk client from Saudi, kerja kat sana and balik Malaysia untuk bercuti. Nurse and nak berkahwin dah. Nak nampak cantik di hari bersejarah. Sebelum pergi fitting baju nikah dan sanding tu, elok lah kiranya sarung dulu Premium Beautiful ni. Senang nanti saiz baju pangantin tu dah tak pakai nak alter-alter lagi kemudian hari. Kalau alter pun, mungkin alter ke saiz yang lebih kecil? aaminnnn!

xoxo,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.