SM SSM Award Day 11 March 2017

Assalamualaikum uolss

Dah makan? Haha soalan makanan je kan. Almaklumlah Olin memang suka makan. Nasib baik lah badan tak naik berat sangat. Kena konsisten je pakai Premium Beautiful tu. Orang mungkin fikir gigihnya lah nak pakai korset hari-hari tapi Premium Beautiful ni special sikit. Takde pulak kalau pakai tu jalan macam robot. hahah.. Flexible macam pakai lingerie biasa jerr..

Eh panjang pulak intro kan.. hahah.. takpe kalau uols nak tahu lebih lanjut pasal Premium Beautiful yang buat Olin boleh dapat balik shape badan ramping tu boleh klik sini ye.. 

Premium Beautiful Korset No.1 Malaysia

Yang sebenarnya nak cerita kat uols pasal #GrandeEvents hari tu.. Alhamdulillah seronok hadir events besar-besar ni bukan apa, ada chance jumpa orang besar-besar juga.. dapat korek ilmu free.. hihi

Kalau setahun yang lepas Olin datang majlis SM SSM Award ni untuk terima award, now Olin datang untuk celebrate business partners pulak. Alhamdulillah hari tu 5 orang Premium Beautiful Angels naik pentas untuk terima award. Sepatutnya 6 orang tapi sorang tak dapat hadir atas hal yang tak dapat dielakkan. SM SSM Award day ni untuk meraikan usahawan-usahawan Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) bagi pencapaian Sales Manager dengan Jualan Terkumpul RM20,000 dan Senior Sales Manager dengan Jualan Terkumpul RM60,000.

Kali ni Olin informally ditugaskan untuk handle flowers and photographer. Kenapa Olin kata informally, tengok screenshot ni. Mentor tak cakap directly, tapi in a way cara dia tu memang nak train kita jadi leader yang proaktif. hahahah

Allahu, tak rugi apa pun kalau kita volunteer diri. Dapat lagi banyak ilmu betul tak. Rahsia orang berjaya biasanya kalau dengan guru mereka akan always jadi no. 2, means mereka akan lower down their ego bila bersama guru. InshaaAllah mudah-mudahan apa yang kita belajar pun berkat gituu.. heheh

Alhamdulillah memang mudah je nak arrange sebab mentor-mentor dah biasa gunakan khidmat dari orang yang sama. So Olin just nak kena call and confirm, pick up flowers and make sure gambar from photographer sampai pada sisters Premium Beautiful Angels yang masuk korum shooting gambar for the day..takdelah susah mana pun ye tak, bukan nak kena handle event satu hari pun. hahahah

Untuk flowers kami contact kedai bunga Ruby kat PKNS Shah Alam je. Just set budget kita berapa and confirm dengan Kak Ruby. Then she will gubahkan bunga according to the budget. Nombor phone dia ada tu dalam gambar tadi. heheh.. 

Besar bunga Kak Ruby bagi haaa.. berbaloi lah kot RM25 sejambak. Olin tak biasa beli bunga so Olin tak sure lah kalau harga sejambak tu mahal ke murah ke, you tell me.. heheh

Photographer pulak macam biasa kami memang suka hasil kerja En Aris. Harga berpatutan and En Aris pun dah biasa datang Grande Events kami. So dah tak perlu nak explain nak kena buat apa, nak ambil gambar macam mana, nak posing macam mana. Kekadang tu dia pulak yang tanya kitorang tak ambil gambar macam ni ke macam tu ke. hahah.. senang kerja dengan orang yang tak berkira. syukur selalu Alhamdulillah.. kalau uols nak contact dia atau nak tengok hasil kerja dia, boleh tengok kat link Facebook Muhd. Aris Ismail

Entry kali ni memang banyak gambar sebab semua gambar cantik-cantikkk!

Ni lah hall besar kami untuk event SM SSM Award, bertempat di IDCC Shah Alam. Memang luas and surau toilet semua lengkap. Sejak mula-mula Olin datang Grande Events SHOM, what I can say is that, events SHOM memang tak pernah mengecewakan. Kalau ada pun minor sangat. Almaklumlah, lebih 2,000 usahawan yang diraikan! Nak please everyone mana lah mampu kan. Pada Olin okay sangat dahh.. SHOM dah sediakan platform berniaga and sistem bisnes yang cukup baik tu pun dah SYUKUR sangat. Alhamdulillahh

The best part kali nih SHOM sediakan macam-macam foodstalls kat luar hall. Memang Olin round semuanya (dah nama pun suka makan hahahah). Paling best aiskrim mint-vanilla. Beli satu tak cukup, ingat nak beli lagi. Datang kali kedua dah habis perisa mint tu. Dah ganti dengan perisa lain. Terus tak jadi beli. huhu.. Gambar pun tak sempat ambil sebab sedap sangat. Padan lah harga dia RM5 untuk 2 skop. But I dont mind harga kalau sedap cenggitu. heheh

Event kali ni SHOM launched produk skincare terbaru INFINENCE. Olin paling berkenan dengan serum dia, fuhhh memang cantik kata ko kulit kita kalau pakai nihh..heheh

Ni satu set dia. Kualiti memang setaraf jenama-jenama terkemuka macam Diori and Channeli tu tapi harga takde lah semahal brand international tu. Sebab ni produk Malaysia so kita Malaysian memang ada advantage dari segi harga lahh heheh..

Olin sempat selfie macam ni je. Konon nak cepat lah tu kan blah laa hahah.. 

Busy betul tengah event pun tak menang tangan sisters Premium Beautiful Angels ni pegang phone. heheh.. Nak buat macam mana.. phone tu lah antara tools bisnes kami. We are working from our phones, laptops and measurement tape. hihihi

Gambar ni memang mengingatkan Olin pada kejadian memalukan pada hari tu. hahahah.. malu nak cerita oiii. takpelah biar lah rahsia kan.. yang penting ada gambar dengan pakar IT Top Leaders Circle, CDM Al-Faath.

Barisan Premium Beautiful Angels yang graced the stage on that day. Okay kan bunga tu heheh..

Kasi chance lah ahkak nak posing sikit with penerima awards.. heheh

Olin memang tinggi. But in I look even taller in this shot! sabor jelahh

Bersama CDM Izyan Liyana, founder Premium Beautiful Angels.

Kak Izyan ni lawa sangat. Mudah terhibur jugak orangnya. The result of being happy with life is something we cannot buy. Mesti kena decide sendiri to be happy. Suka tengok Kak Izyan ni, so keibuan. Kalau baca blog dia pun, dia bahasakan diri dia Mama..heheh uols boleh baca blog dia. Tengok sini okay.. Izyan Liyana

This is my mentor, CDM Ismalina Ishak.

I still remember fitting berjemaah dengan Kak Isma kat office with my friends. Siapa tahu akhirnya dari strangers, we’ve become a team. Perancangan Allah tu cantik sangat.. Alhamdulillah. Mana tahu kan, uols pun berpeluang jadi macam kami. InshaaAllah uols pun ada peluang untuk ubah kehidupan kepada yang lebih baik.

Yes, i love you too – Both! heheh

Tahniah Mufid!! RM20,000 Sales Achiever!

Mufid actually baru habis berpantang ni tauu. Tengok lah tak macam orang habis berpantang, kesan pemakaian Premium Beautiful semasa berpantang. Mufid start meniaga masa tengah pregnant 7 bulan tau. Tak pernah dengar tentang Premium Beautiful,  pakai dah tentulah tak pernah juga. Minggu pertama berbisnes, Mufid jual 2 cash buyer Premium Beautiful. Dalam memboyot bawa perut, pergi ukur orang. Orang kata kalau tak pernah pakai macam mana nak jual? Mufid dah buktikan ye. So tak pakai tak boleh jual tu bukan alasan. Kalau uols berada di kawasan Bandar Sri Damansara, Kepong, Selayang atau area berdekatan, boleh contact Mufid. Boleh refer blog Mufid ni ye. Mufidah Md Husin

Tahniah Mizan!! RM20,000 Sales Achiever!

Mizan masih bekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi, sama office dengan Olin dulu. Cuma Olin dah berhenti lah heheh.. Satu yang Olin cukup puji Mizan ni ialah, sanggup belajar dan buat. Nak mula dulu bukan main payah, hubby tak bagi.. anak kecik perlukan perhatian.. Semangat memang perlu kuat. Berbaloi kan, pengorbanan untuk bisnes sendiri ni diraikan. Alhamdulillah.. Kalau uols berada di kawasan Petaling Jaya atau berdekatan dengannya, boleh contact Mizan okay. Blog Mizan yang ni ye, Shamizan Sharuni

Tahniah Sha!!! RM20,000 Sales Achiever!

Sha sebelum ni seorang housewife with two boys. Mula berniaga atas sebab teringin nak bantu suami dan ekonomi keluarga. With busy life as a stay at home mom sebelum ni, Olin susunkan jadual untuk Sha so that she can still business from home. Alhamdulillah, she made it for her first RM20,000 sales! Kalau uols berada di kawasan Shah Alam, Subang Jaya atau berdekatan dengannya, boleh contact Sha okay. Blog Sha yang ni ye, Shareefah Naweerah. Mula-mula memang susah Sha nak ubah jadual kat rumah yang pack, nak handle anak-anak, and ada jaga anak saudara lagi. But how Sha can do this?

Dalam modul bisnes Top Leaders Circle (TLC) kami tailor kan bisnes ni according to your expected income, and time schedule. Pelan bisnes 1 tahun TLC memang dah disediakan untuk usahawan baru jadi expert dalam masa 1 tahun. Result of 1 year business plan is me myself, dan ramai lagi. Search je “Premium Beautiful” di Google Search, 1st page yang keluar tu boleh kata semua TLCians and Premium Beautiful Expert. Olin memang rasa perubahan hidup Olin, dari biasa-biasa ke luar biasa. And who says you cannot be like us?

Regardless you bekerja kat office ke atau kat rumah ke, kita bukan 24/7 pun menghadap client atau pun mobile phone tu. Kalau yang bekerja hanya perlu 2 jam je sehari. Sesuai sangat untuk orang yang bekerja nak buat bisnes ni. Sebab Olin dulu pun bekerja jugak sambil meniaga. InshaaAllah boleh je manage masa bila kita betul-betul fokus and rujuk selalu dengan mentor.

If you are looking for extra income, tapi tak nak fikir keluarkan produk sendiri or daftar SSM, and you want to have a second payslip in a month (I mean like real real payslip, like the one you have with your current employer, siap ada borang EA), you’ve found us already.

Boleh contact Olin if you want to have a chitchat on this. Mana tahu kan, ini mungkin satu peluang uols untuk ubah kehidupan ke arah lebih baik? I am more than happy to guide you. Bukan apa, Olin lebih suka ajar “cara memancing, daripada hanya bagi ikan all the time.” You could be one of our next 5-figures protege!

So here are some photos of the dayy

Enjoyy

Tahniah Farhana dan Titie for your first RM20,000 sales unlocked!

Both bukan based in KL ye uols. Farhana di Johor Bahru, Titie di Perak. Jauh dengan mentor bukan penghalang untuk tak capai apa yang perlu dicapai. Dekat pun kalau tak buat apa yang mentor ajar, tak menjadi juga. Tapi kalau ada konsep BERANI dan RAJIN, InshaaAllah uols pun boleh jadi macam mereka ni. 

 

Barisan TLCians yang hadir pada hari tersebut. Dari seluruh Malaysia tauu! Ada yang bawa anak kecil lagi. Bisnes apa yang boleh bawa anak? Salah satunya bisnes with TLC!

Seorang lagi Premium Beautiful Angels, Azliha Hamzah bersama mentor CDM Izyan Liyana. Hadir kali ni untuk celebrate sisters PB Angels yang naik stage. Siap bawa anak lagi haa.. Next giliran Azliha pula InshaaAllah. Kejayaan ni memang berjangkit tauu. Depends pada kita je, nak ke tak virus kejayaan ni?? 

Wajib ada satu pose dengan beg Premium Beautiful ni. Signature Premium Beautiful Expert ni tauuu

And saje nak cakap, Olin dah muat balik BAJU TUNANG!!!

Outfit of the day (ootd) Olin hari tu memang baju tunang Olin. Tarikh tunang 17 September 2011 (perlu ke nak mention sini? hahah). Lepas kahwin (10 November 2012) masih boleh pakai baju ni, tapi start pregnant kan Hanin akhir tahun 2012 tu terus tak boleh pakai. Ingatkan lepas bersalin boleh lah pakai, nan hado! hahah

Asbab pakai Premium Beautiful Corset consistently, dah muat sarung semula dress and baju-baju lama. Even seluar jeans pun dari saiz pinggang 33 now dah jadi 29! What can I say… I just love Premium Beautiful!!

If you want to know more about this business, boleh je recce dengan Olin. Kita chitchat je dulu. Sebab tiada paksaan pun dalam bisnes ni. Apa yang penting, uols tahu yang zaman sekarang ni bisnes bukan lagi setakat suka-suka tapi dah jadi satu keperluan! Who knows – you boleh dapat income pertama RM14,000 dalam bisnes ni!

Sempat lagi kitorang snap gambar kat wall Gold Coast ni sebelum balik. hahah.. next Free VVIP trip will be there! Ada yang nak ikut? Kalau ada, kita geng! I love TRAVEL!! Tapi tak nak pakai saving sendiri, nak yang FREE sajerrr!

Contact Olin kayy

xoxo,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Olin Safura

Mompreneur. Mentor. Protégé. Student. Business owner at Top Leaders Circle. Pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Tinggi? 176 cm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *