Tips dan Cara Kuruskan Lengan

“Bengang laa….kalau ikut saiz badan, aku boleh muat baju saiz M niii…tapi sebab LENGAN BESAR, terpaksa pakai baju saiz L!!”

Ok, sis share 3 ni dulu. Jangan lupa share kat wall uols. Kesian kalau kawan-kawan uols tak tahu rahsia sis ni🤣

/

/

/

Cara nak KEMPISKAN LENGAN.

1. Latihan menumbuk. Kasi gegar lemak-lemak kat lengan tu. Biar lemak-lemak geleber tu stress. Stresskan dia lagi dengan lakukan latihan menumbuk ni konsisten hari-hari. Cara tumbukan? Mungkin boleh mula dengan 5 round tumbukan tangan kiri dan kanan. Kemudian hari seterusnya tambah 5 round lagi. Jangan main-main sebab kalau salah tumbuk, lebam biji mata orang😝

2. Latihan push up. Fungsi dia, kuatkan otot lengan supaya dapat bakar lemak-lemak di bawah otot dengan lebih sekata. Boleh buat berfasa. Letak target hari pertama 1 push up dulu. Jangan ketawa! 1 push up pun kalau main-main, takde nya orang buat ye deknon. Haha. Tingkatkan kalau boleh sampai 10-20 push up sehari. Buat konsisten 30 hari. Jangan terkejut kalau kita sebenarnya mampu buat 20 push up sehari!

3. Minum banyak air. Yang ni wajib. Penat la kalau dah buat latihan tapi lemak-lemak tu tak boleh nak flush out. Jadi, air memang penting! Water consumption formula = Berat badan kita x 0.08 = liter air yang diperlukan oleh badan kita.

Cuba buat ni semua konsisten dalam masa sebulan, lepas tu dah boleh bersedia tukar saiz bajuuu weehooo!

Sis buat no. 3 je. No. 1 & 2 tu sis belum mampu sepenuhnya😝 Yang mampu sis buat, no. 4. Oh, no. 4 takde kat atas, ada dalam gambar bawah ni je😘

Hehe. Saje je kann. Ok la sape nak kurus kan lengan tu mai wasap sis ya. Bukan susah sangat, klik je kat button Whatsapp Me tu. okayy til next entry🥰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.