Pengalaman Bersalin #BabyA

Selamat Hari Raya Aidilfitri😘
June 11, 2019

Pengalaman Bersalin #BabyA

Uiii lamanya tak menulis! Last post masa Raya ye🤣 Perkembangan terbaru? Alhamdulillah sis selamat bersalin September lepas dan baru juga habis berpantang 44 hari. Now berpantang 100 hari pulak. Since sis menyusu baby, so pantang jelah 2 tahun hukhuk.

Anyway, entry kali ni sis nak share pengalaman bersalin. Panjang giler sampai jadi 4 episod kat FB sis hahah. Macam2 komen pembaca, boleh search je kat FB #olinstorymory confirm jumpa.

Jangan serik baca tau. Panjang pengalaman bersalin kali ni compared to masa bersalin dua anak sebelum ni. And of course different experience coz kali ni kena czer hukhuk.

Episod 1

03.09.19 selasa

Demam panas dah dua hari. Amek mc la kononnya nak rehat. Memang sis tak keluar rumah sebab rasa penat sangat hari tu. Pergi klinik amek mc pun dah lepas zuhur kot.

04.09.19 rabu

Pagi ke Imigresen Putrajaya lepas tu ke UAE Embassy KL atas urusan kerja. Drive sendiri dari rumah tak pakai driver ofis sbb sis nak cepat settle, boleh terus masuk ofis cepat sikit kononnya. Demam dah kebah tapi selsema batuk still kuat. Balik rumah lewat dah nak maghrib baru keluar ofis, kepala pun dah tintong giler sebab dah start demam semula.

05.09.19 khamis

Pagi2 ada check up kat kk (klinik kesihatan), BP ok, urine test pun ok. Demam dah kurang sikit. Hari ni scan dengan doktor last before cuti bersalin, dah bagitahu doktor awal2 plan nak bersalin kat kampung. Doktor tanya “baby dah engage ke?” Sis pun dengan konfiden jawab “Dah. Kepala baby kat bawah dah.” Yela baru je 2 hari sebelum tu scan kat klinik biasa masa sis ambil ubat demam and mc tu kan, saje minta doktor klinik biasa tu scan sekali baby. “Ok la jom kita scan dulu” doktor kk pun scan la. Scan punya scan, then doktor buat muka berkerut. “Baby puan ni melintang ni, puan dah 38 minggu patut dah engage kat bawah. Saya refer ke hospital la ok”

Sis dah debor dah masa tu. pelik jugak macam mana boleh melintang sebab baru je scan 2 hari lepas everything ok. Tapi yela Allah punya kerja kan mana kita tahu. Sis punya debor tu siap tanya doktor “abeh macam mana ni saya kena czer ke?” Doktor rilek je cakap “xpe nnt check kat hospital dulu. Kalau doktor sana cakap kena czer, puan kena czer.” “Tapi saya nak bersalin kat kampung, boleh tak saya datang hospital tu hari Sabtu je? Sebab esok (jumaat) saya kerja lagi” ada hati nak masuk ofis lagi tu haha🤦‍♀️ “Eh tak boleh ni puan, paling lambat puan kena refer ni esok pagi. Sebab saya tengok ni air ketuban pun tak banyak dah ni” doktor insist la pulak….waktu tu dah pukul 12pm lebih. Konon nak masuk ofis petang tu pun berkubur jela nampaknya😅

“Tapi condition saya ni tak kritikal sangat kan doktor” still nak berdakwa-dakwi jugak dgn doktor. Haha sejenis sangat Olin Safura ni kan.

“Bukan apa puan, saya takut baby lemas kalau air ketuban dah sikit, plus dia melintang ni and puan pun dah full term. Puan xde la kritikal sbb kalau dah kritikal ni puan dah naik ambulans dah ni. Tapi yela macam saya cakap tadi tak boleh tunggu sabtu baru nak balik kampung then baru nak refer hospital, takut apa2 jadi kat baby in between tu” panjang lebar doktor tu explain nak bagi sis faham..

Yang sebenarnya sis bukan tak faham kesan air ketuban dah sikit tu tapi kepala sis ni duk fikir “aku xnak kena czer, aku xnak kena czer, please la baby pusing balik kepala tu please engage”, duk gitu laa dalam hati meratib tak henti2😭

Last2 wasap husband minta pendapat. Hahah pendapat apanya, yg sis dapat “ok la kita balik kampung petang ni. Siap2 nanti abg balik amek ciknins balik sekolah nanti terus balik kampung”😂😂😂

To be continued…

#olinstorymory #olintengahpantang

Episod 2 dah ni

……. Last2 wasap husband minta pendapat. Hahah pendapat apanya, yg sis dapat “ok la kita balik kampung petang ni. Siap2 nanti abg balik amek ciknins balik sekolah terus balik kampung”….Ok la cut story short la kan, terus balik kampung petang tu juga. Sampai kampung lepas asar so decide pegi MENYERAH DIRI kat hospital lepas maghrib jela. Lagipun just nak check je pun, dalam hati duk ratib #babyA please pusing and engage. Siap suruh ciknins yg cakapkan kat baby haha😂

Doktor kat kk kata baby besar maybe dalam 3.9kg. Lepas tu dah la melintang, air ketuban pulak sikit. Potensi nak pusing tu biasanya jarang la sbb dah 38 minggu. Kan kat buku pink kita tu kan ada EDD and REDD. EDD sis 10sept19 kalau ikut period sis (tapi i is main agak2 je letak sebab tak ingat hhaha). Thats why kk ikut REDD 18sept19 sbb ikut scan. there were debates on my expected date of delivery ni tapi sis tak kesah laa mana2 asalkan sis bersalin selamat. Bukan jauh sgt pun seminggu aje kan hehe

Anyway, dah sampai labour room prosedur biasa baring and nurse pasang CTG. Ala mesin check heartbeat baby and contraction tu. semua ok je kecuali bila sis batuk mula la baby bergerak pahtu CTG tu kemain graf dia jadi tak cantik😑 tu la korang kalau hujung2 nak beranak kalau boleh elak laa demam ke batuk ke. Memang seksa la hukhuk. dari pukul 8 setengah sis sampai tu, check BP urine test pahtu check CTG je dah berapa jam. Tapi nak buat cane kan dah takdirrr😅 dah ler sejuk giler labour room kan. Bila check bukaan jalan, halah halah 1 cm je. Serviks pun jauh lagi. Contraction pun takde😅 sis pun lega la sikit. Dalam hati “ok tinggal nak kena scan jela ni, hopefully baby dah pusing ke bawah” yela Allah je yg boleh bantu skrg ni walaupun doktor kk kata possibility nak pusing tu mcm kurang la huhu

Dua doktor scan sis malam tu. Surprisingly dua2 doktor kat labour room cakap baby sis tak melintang, helok je kepala dia kat bawah. And takde la besar sampai 3.9kg ni. Paling besar pun 3.3-3.4kg je. Air ketuban jela sikit tapi takde la merbahaya. Cuma dah border laa. Yela sbb placenta and baby dah full term and baby tak produce air kencing lagi (korang google jela air ketuban tu datang dari mana ye🤣) diorang pun pelik. Sis lagi laa pelik sebab sis tak rasa pun baby bergerak berpusing ke apa. Anyway, LEGA sis huiiiii. Dalam hati “haa boleh laa aku balik malam ni, tak kena masuk wad laa ni” sis cakap kat doktor tu “haa boleh laa saya balik kan doktor, since semua ok boleh bersalin normal kan xyah czer?” last2 doktor just nak confirmkan bukaan jalan je. Masa tu jam dah pukul 12lebih. Tengah malam dah tau. Dengan sis haus sampai rasa tekak kering namatey. Bawak bekal air pun dah lama habis. Haha. Doktor yg last scan sis tu pun seluk nak check jalan. Alahai masih 1cm. Dalam hati sis, “yeayyy aku boleh balik laa malam nii”

“Puan masih 1cm, tapi puan demam ke? Panas betul ni, jari saya rasa panas sangat ni” doktor pakai glove tau pahtu dia cakap kat nurse “cuba checkkan suhu dia. tadi berapa suhu dia?” “37.4” “sekarang?” “38.6” “ok puan malam ni masuk wad ye, puan demam ni. Nanti kita schedule untuk next scan untuk check air ketuban”

😑sis redho………kena jugak aku masuk wad nampaknya!😂

P/S: photo taken weekend sebelumnya. Sanggup check in satu malam kat hotel Tenera Bangi sbb ciknins nak mandi kolam😂 malamnya terus demam. Tak sangka kan weekend lepas tu check in hospital pulak🤣mak sis kata dah takdir ni Allah bagi masuk wad sebab suruh rehat la kot asek kerja je pahtu kalau balik rumah mana dapat nak rehat dgn ciknins tuu haha

#olinstorymory #olintengahpantang

Episod 3 akhirnya, tapi adakah ini episod terakhir? Rilekk, kita baca duluuu😝

…… “Puan masih 1cm, tapi puan demam ke? Panas betul ni, jari saya rasa panas sangat ni” doktor pakai glove tau pahtu dia cakap kat nurse “cuba checkkan suhu dia. tadi berapa suhu dia?” “37.4” “sekarang?” “38.6” “ok puan malam ni masuk wad ye, puan demam ni. Nanti kita schedule untuk next scan untuk check air ketuban”………

Tu la orang cakap jangan cuba2 buang air di baldi bila dengar guruh berdentum, belum tentu hujan nak turun. Haha apa betul ke tak peribahasa nih😅 tapi tu laa ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mak aih peribahasa lagi😝 haha takdela, orang lain mengandung dah cukup bulan tu masuk wad kira dah nak bersalin la, sis lak masuk wad sebab demam. Habis kecoh dalam group wasap family sis duk tanya dh bersalin ke, dah bersalin ke. Buat kena bahan je. Kiranya sis masuk wad tengah malam tu juga laa,dah nak 1 pagi. Dah masuk 6hb la kiranya. Kena laa cucuk masuk jarum kat tangan, tak suka betul part ni. Tapi tu la prosedur bila kena warded, plus sis kena amek antibiotik and inject kat situ. Baik2 boleh balik rumah xkena cucuk, tiberrrr serah diri kena cucuk😭 dugaan betul

Satu lagi sis ralat sbb dah plan dah weekend tu kononnya nak pergi Melaka bermandi manda kat homestay dengan family sebelum sis meletop. Dah tong tong dah adik beradik bayo nak melepak kat situ. Nan hado laa, family sis semua pergi, sis jela dgn hubby and ciknins kena tinggal😂 sedey tau. Homestay tu dah laa besor, best lak kolam dia. Huuuu😭 takpela nexttime sis akan pergi yg lebih best dari tu🔥

Alkesahnya malam tu tido la kat wad. Bila masuk wad, baik2 tak sakit jadi sakit. Masuk lak wad bersalin tapi bila sembang dgn member katil sebelah memasing alasan masuk wad sama ada dah tunggu hari nak bersalin/kena czer/contraction etc, semua yg berkaitan dgn nak bersalin. Sis je masuk sebab demam😂😂😂

Doktor cakap nak buat scan utk check air ketuban tu sis ingatkan jumaat tu dah boleh la scan terus. Tak pun,schedule dia ahad rupanya. Jadinya dari malam khamis sampai la hari ahad sis menyengih je kat wad tu xde buat pape sebab weekend. Family datang melawat pun babynya belum keluar😅

Tapi yg bestnya bila duduk wad ni ramai dapat kawan baru lepas tu nurse baik2 semuanya, asyik la tanya ada turun tanda ke tak, ada rasa contraction ke tak. Jawapannya, TAK ADA. Tu je jawapan sis. Memang takde rasa apa pun sebab pada sis, sis belum due lagi haha. Yela minda kita dh set nak bersalin 18sept, tu yg wat lek wat pis lagi kott

Tiba hari ahad 09.09.19, tengahari tu nak pergi la scan. Dalam hati sis, please laa air ketuban cukup sampai 18sept sbb sis belum sedia nak beranak sebenarnya. Nak balik rumahhh…..yg kelakar part sis dgn yakinnya pagi tu cakap kat nurse hari tu sis boleh discharge, so boleh la tanggalkan jarum kat tangan kiri ni sebab dah bengkak sikit, maklumlah dah 3 hari masuk antibiotik kat lubang jarum yg sama. Kalau tak tanggalkan pun takpe still bearable je bengkak tu tapi tu laa tu laaaaa drama gatal sis tak habis2 yg sis yakin boleh balik, sis mintak nurse tanggalkan jugak. Haha

Tengahari tu lepas scan doktor cakap air ketuban dah makin kurang. In fact, doktor advise terus induce utk cepatkan contraction and buka jalan sebab sis dah full term pun 40 minggu😭 and EDD sis sepatutnya 10.09.19 bukan 18.09.19 seperti yg kk tulis kat buku pink tu. haaa…ko rasaaaaa….tak terduduk ke. Yg buat sis rasa bakal merana tu sbb dah la baru je tanggalkan jarum tadi, means lepas tu still kena stay dalam wad and AGAIN KENA CUCUK JARUM semula laaaaaa….huwaaaaa😩😩😩

Drama weh, siyes ni drama yg paling sis tak boleh brain tau🤦‍♀️ salah sendiri. Sape suruh gatal buat drama swasta kat hosp gomen. Kan dah mendapatt😩

Di samping bab kena bertabah bakal merasa dicucuk jarum semula tu, sis paling takut dengar perkataan INDUCE sbb adik sis kata SAKIT GILER INDUCE (mengikut pengalaman dia laa), and mostly org yg kena induce cakap sakit la induce tu. contraction secara terpaksa kan. byk la sis dengar org cakap perut berombak la, contraction setiap saat xhenti2 la, eh macam2 la sis dengar sebelum ni. Cuak tauu

Sis minta fikir dulu. Nak tanya husband la apela.Haha.. Kemahen ko kan Olin Safura, boleh pulak nak mintak pikir2 dulu. Ni bukan customer PB ni nak mintak pikir2 survey2. Drama betul la😅

Last2 sis decide induce jela, memikirkan asalkan selamat baby so takpela tahan la sakit tu, entah sakit induce tu macam mana sis pun tatau

Malam tu kemahen la sis berjalan ulang alik pusing dalam wad tu konon nak bagi bukak jalan sambil cakap kat baby please la keluar sebelum kena induce. Sbb dulu masa nak bersalinkan anak kedua si Nafisa, kes lebih kurang sama air ketuban dah sikit. Tapi xsempat induce Nafisa dah nak keluar dah. Kira selamat ler jugak dari kena induce. Kali ni, takde harapan. #babyA ni saje je nak test ibu ye, dia sedap duk kat dalam perut tu agaknya😅

And yes, malam tu seperti yg sis bayangkan, kena cucuk balik. Kali ni tangan kananku menjadi mangsa. Bisa uiii cucuk yg tangan kanan ni, doktor pelatih pulak tu yg cucuk, dah la tengah malam buta sambil check CTG. dalam mamai2 tu sis relakan jua tanganku di jamah jarum hukhuk😭

10.09.19

7pagi doktor dah masukkan ubat induce. 1st dose. Tunggu2 juga few hours for contraction, apa pun tak ada. Masuk lagi 2nd dose. Tak ada apa juga. Rupanya, sampai ke sudah sis tak tahu rasa sakit kena induce tu macammana. Sebab masuk ubat 3rd dose pun tak rasa sakit jugak. CTG boleh kata setiap masa on. Stop pun waktu rehat makan tengahari atau masa sis nak gi toilet and solat je. Penat weh badan nak kena stay put in one position for quite sometime. Pusing2 karang baby bergerak nanti heartbeat baby entah ke mana2, xmemasal nak kena ejas CTG tu balik😂

Jam 3petang doktor check jalan, masih 2cm. Doktor bertugas kat wad terus decide hantar pergi labour room (LR) sbb dah 3kali induce pun jalan xbuka and sis takde contraction mahupun tanda bersalin.

Bermula laa perjalanan sis kat LR……jeng3…to be continued…

#olinstorymory #olintengahpantang #olinsafura

Episod 4 ni LAST EPISOD🤣 kena baca dari Episod 1 #olinstorymory baru boleh faham sbb drama ni panjang sangat hahha

10.09.19

…Jam 3petang doktor check jalan, masih 2cm. Doktor bertugas kat wad decide hantar pergi labour room (LR) sbb dah 3kali induce pun jalan xbuka and sis takde contraction mahupun tanda bersalin.

Sempat la sis sarung seluar bersalin Mamapride sebelum ke LR. Takde la malu sangat kan nak bersalin kalau pakai kain je😅😅😅 masa bersalin Nafisa pun sis pakai, check papsmear pun sis pakai. Multipurpose la hehe seluar ni.

Sampai je LR, kena masuk drip. Nak cucuk drip, xmasuk pulak cecair tu. Ni kat lubang jarum yg doktor pelatih tu cucuk tengah malam sebelumnya (episod 3 sis ada cerita) patut la masa dia cucuk tu bisa bebenor. Bengkak tangan kanan sis huuu.. tak memasal kat LR kena cucuk balik tangan kiri. Sis mintak cucuk kat urat yg sama,seram sis kalau silap cucuk lagi😂

Doktor check bukaan jalan, masih 2cm. They decided pecahkan air ketuban. Ya Allahh bayang kan la dgn jalan xbuka lagi, serviks jauh lagi, nak pecahkan ketuban pun sampai 2nurse bantu pegang sis. Nasib baik doktor tu kuat, kalau tak agaknya dah kena tendang kot. Punya laa sakit oii Allah je yg tahu

Then dah pecahkan air ketuban, kena tunggu contraction. Dari jam 3pm-6pm sis sesorang jela kat LR tu dgn sorang doktor pelatih keluar masuk monitor CTG sbb heartbeat baby macam tak berapa cantik.. Ada yg tanya mana husband sis, dia xboleh masuk sbb hospital tempat sis bersalin tu xbagi husband masuk kecuali dah attend sehari kursus rakan suami. Sepatutnya kitorang hadir kursus tu tapi sis kat dalam wad dah masa tu and husband sis pun demam, acaner nak gi haha. Tawakkal jela first time masuk kat LR tanpa husband sbb dua anak sebelum ni husband ada kat sebelah😭

Dalam pukul 6pm tu la sis baru nak rasa contraction. Tu pun macam main2 je😅 bila check bukaan jalan, masih 2cm😭

6suku, heartbeat baby down gila2. Sis masa tu dah mamai2 sebenarnya sbb ngantuk gila weh, tetiber sis buka mata sis nampak doktor yg handle kes sis ni ada atas katil sis pegang perut sis check baby and dia terus cakap “puan, kita kena proceed czer puan. Suami puan kat mana?” I blank,siyes blur giler. 1minit baru reply husband ada kat luar. Tapi masa tu doktor nurse semua dah sibuk buat apa entah, semua prosedur nak gi OT (operation theatre). Habis seluar bersalin yg sis tengah pakai tu pun dah kena bukak, dah basah pun dengan air ketuban. Masa menulis ni baru sis teringat, last sis pusing badan, air ketuban dah tak keluar banyak, i think masa tu lah heartbeat baby dah tak berapa nak ok sbb dah xde pergerakan sangat kot, coz air ketuban dah habis keluar.

Merasa la ditolak ke OT, dalam mamai2 tu bila diorang angkat sis pindah katil kat OT tu baru rasa sakit giler contraction bila kena telentangkan badan. Again, kena cucuk lagi kat tangan kanan yg baru ditanggalkan jarum tadi. Satu jarum utk drip satu lagi utk bius kot. Sis kena full bius, means terus tak sedar. Doktor suruh mengucap syahadah. Lepas tu sis dah xsedar apa dah

Yg penting 6suku sis masuk OT,husband sis kata 6stgh baby dah keluar and dia dapat azankan. Alhamdulillah lahirlah Muhammad Affan @ 6:30pm @ 10 september 2019 @ 3.25kg.

Sis? Tak sedarkan diri. Dalam pukul 10pm camtu baru sis sedar. Sedar2 je, SAKIT GILER kat luka czer tu. macam KENA TOREH HIDUP2😭😭😭😭😭 masa tu Allah je yg tahu sakit dia macam mana, maybe orang yg kena czer je tahu that feeling. tobat sis taknak czer lagi. Siyes sis tak faham kenapa ada orang memilih utk czer walaupun bukan emergency, maybe pengalaman diorang tak sakit kot kena czer ni and a bit different kot dari sis, i dont know. Tapi i is SERIK😅

Nurse tanya sakitnya level berapa, dari skala 1-10, i just couldnt move my finger, i cakap 10. Dia inject ubat tahan sakit. Sis tanya apa benda tu (haha dalam sakit tu boleh lak tanya😂) dia cakap morphine. Lepas tu nurse tanya sakitnya dah level berapa, turun ke tidak. Ok turun, 9. Still sakit lagi. Masuk lagi ubat, turun level 8. Macam tu lah berulang sampai level 4. Lepas dari 4, dah tak boleh inject ubat lagi. Kena tahan je sakit tu sampai masuk wad, nanti kat wad nurse boleh bagi ubat tahan sakit lain.

Husband sis tunggu kat depan OT dari petang smpai dah malam. Masa kena tolak katil keluar dari OT nak kena wad, nampak je muka husband terus dah nangis dah sis haha wat malu jek. Pukul 11lebih baru masuk wad. Alamatnya terus tido jela. So sampai pagi sis tak boleh bangun dari katil, baby pun nurse amek jagakan. I have to be in bed for 6 hours straight😅 i cuba tido tapi sbb sakit tu, xle tido dibuatnya. Nak tgk muka baby, tapi badan xle gerak pulak. Babycot tu menghadap ke katil sebelah so sis tak nampak muka baby langsung sampai la pagi. Pagi tu pun minta tolong husband alihkan babycot & tunjukkan muka baby😂 takde rezeki nak tengok keadaan baby masa baru2 lahir, sbb masa Hanin and Nafisa dulu, doktor terus letak baby atas badan ibu for bonding, biasanya lepas dah siap jahit luka baru nurse amek baby. Kali ni, ibu dapat pegang Affan lepas dah siap bersih😅

Pagi tu nurse suruh bangun sendiri tanpa bantuan. Sis blur giler,nak bangun dari katil pun dah tak reti. Macam mana nak bangun ni dah la sakit ya rabbi. Yela takde persediaan langsung utk czer. Mana laa tahu apa benda nak kena buat atau tak boleh buat. Lepas tu nurse tu tengok sis macam terkulat2 tu terus dia cakap “tanya katil sebelah macam mana dia bangun sendiri semalam”..Laa nape tak cakap awal2. Mana laa sis tahu sebelah katil tu pun czer🤦‍♀️

Rupanya kena mengiring dulu, then turunkan kaki ke bawah, then bangun dari katil, ampu dengan tangan. Semua kena buat slow2, tak boleh ada orang tarik sbb hanya kita je yg tahu tahap kesakitan kita. Orang yg tolong tarik kita tu tak rasa sakitnya. Nurse cakap ada kes suami tolong tarik and luka jahitan terbuka semula😅 tatau laa nurse nak takutkan sis ke atau betul2 terjadi ke but i took the good side jela. Husband boleh tolong jadi tempat berpaut, biarkan isteri bangun sendiri at her own pace.

Lepas tu tak boleh makan selagi tak kentut😅 sis dah la lapar giler. Husband pagi2 lepas tengok baby tu dia balik kejap mandi tukar baju. Nurse suruh buat milo utk mudahkan kentut, milo pun sis takde. Minum air suam panas jela isi perut. Kena tunggu husband sampai pukul 10pagi baru dapat milonya😅 kentut pukul 12:30. Sis siap hold bekas makanan hospital tau,tak kasi nurse amek sbb sis belum kentut🤣 maciam2 hal. Nasib baik kencing berak semua ok. Kalau tak, panjang lagi laa drama ni. Haha

Maka duduk laa sis dua hari kat wad. Satu, utk pastikan luka czer elok, kedua utk check kuning baby ok ke tak. Then kalau semua ok baru boleh balik rumah. Sempat la scroll baca bab berpantang czer and what not. Yela mostly banyak yg kita dah tahu tapi on the surface jela kan. Mental koyak tau sis masa tu, seminggu tau rasa macam xle terima hakikat yg aku dah kena czer😅

Masa nak discharge tanya la doktor betul2 kenapa sis kena czer. Satu, heartbeat baby dah slow sampai tahap bahaya. Kedua, baby dah terbelit tali pusat. Plus air ketuban dah too much below border and tak buka jalan. Hence the czer😂 pahtu doktor check luka ok, boleh lak dia tambah..”ni lepas dua tahun nanti dah boleh la tambah lagi ya puan, boleh bersalin normal” dengan pengalaman sis ni rasanya sis sengih jela mampu haha😆

Lepas bersalin czer ni sis kena cucuk Heparin pagi dan petang selama 10 hari. Affan pun kena jaundice tapi by the time sis dah habis cucuk Heparin, Affan pun beransur baik dari jaundice. takde la nak kena gi klinik lagi lepas tu. syukur sangat

So tu la sedikit sebanyak kisah sis masa bersalinkan #babyA Affan ni. Alhamdulillah jaga Affan senang je, tak banyak ragam. Nama Affan ni mak sis yg beri❤️

#olindahhabispantang #sharingiscaring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Olin Safura
Olin Safura
A dreamer, hustler, mompreneur | Premium Beautiful lover since 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Whatsapp Me😄