Cerita Sambung Belajar

Zaman Study Dulu-Dulu
August 18, 2016
MinKaffe Kopi Garam Buluh : Set Kempis Perut
August 29, 2016

Cerita Sambung Belajar

Assalamualaikum uolsss

Alhamdulillah setelah 7 bulan berniaga bersama Top Leaders Circle (TLC) dan Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) sambil bekerja ni, tanggal 29 July 2016, Olin applied for further study in MBA kat UKM untuk sesi 2016/2017. 

Alhamdulillah setelah habis berfikir dan husband pun setuju, Olin letak jawatan di office 1st week of August. Masa tu result sambung Master ni pun tak keluar lagi, yelah baru sangat apply. Ya Allah Olin tawakkal sangat masa tu. Yelah, CGPA memang tak lepas 3.00 pun. Tak tahu apa syarat kelayakan yang membuatkan Olin diterima. Mungkin ni semua doa Puan Sapiah kot. Heheh yelah, doa mak kan makbul..

Mak memang dah puas suruh Olin sambung belajar. Dia nak Olin jadi cikgu atau lecturer. Tapi anak sulung dia ni degil sikit. Konon nak rasa kerja bahagian korporat. Nak gaji besar laa perasann hihi. Dulu dia suruh jadi cikgu, dah jadi dah cikgu sekejap, ganti cikgu bersalin. Lepas tu tak sambung sebab tak sanggup jadi cikgu. Tanggungjawabnya berat.

So, yeah. Jangan tanya Olin nak jadi apa lepas habis Master ni ya. Sebab Olin pun tak tahu. Cuma, Olin percaya pada takdir dan rezeki dari Allah. Dia yang Maha Mengetahui. Dalam bisnes Olin sekarang ni pun, Olin memang ada dah title cikgu heheh..

#CikguOlinAjarUsahawanBerniaga

Bukan setakat cikgu je, lebih kepada mentor. Alhamdulillah, mungkin kalau tak jadi cikgu/lecturer, Olin still akan mengajar, bagi mentoring service untuk rakan-rakan kongsi. Hihi

Nah, belanja sikit lah gambar Olin bersama rakan-rakan kongsi

Team Muar dan KL

Ni masa group coaching untuk team Muar dan KL. Masa ni siap bawak Nafisa. Gigih. Kak Isma mentor Olin pun bawak baby dia Zidan

Rakan Kongsi

Ni Mizan, rakan kongsi Olin untuk kawasan Damansara/Petaling Jaya. Closed cash buyer within a week start business with us

PB Angels in Action

Premium Beautiful Angels in action!

rakan kongsi

Aishah, atau lebih mesra dipanggil KakChaCha – Rakan kongsi Olin ni dulu cover kawasan area Bangsar/Wangsa Maju. Now dah pindah JB and conquer JB pulak. Sebelum dia pindah JB last month, dia dah siap ada rakan kongsi area KL!

Kelas Produk JB July2016

Oh ni gambar sendiri masa Kelas Produk kami di JB last month. Rakan kongsi tanya – nak mengajar ke nak menyanyi ni cikgu? Hahah bertuah betul student tanya cikgu gituuu

So berbalik pada kisah application MBA tadi, Olin tak check pun result online since dalam sistem application tu mentioned result in 3-4 weeks, so by right 31st August laa baru dapat tahu kan?

So nak dijadikan ceritanya, Sabtu 13hb tu memang busy bebenor dengan SM SSM Award Day, meraikan diri sendiri yang dah buat RM60,000 sales terkumpul and meraikan jugak rakan-rakan kongsi Olin yang buat sales terkumpul RM20,000. Hehe.. Nanti ada kelapangan Olin buat entry pasal award day tu okay? Kalau nak diikutkan, dah banyak juga event dengan TLC and SHOM ni yang Olin dapat hadir bersama, tapi yelah baru sekarang nak terkedek-kedek bercerita hehe.. maafkan saye~~

Lepas SM SSM Award Day tu, balik kampung. Sampai dah malam sangat so dah kepenatan, tak nampak apa dah, nampak katil je. Esok paginya pulak busy berurut lah, jumpa rakan kongsi lah, makan durian lah, masak spagheti lah, eh eh busy bebenor kannn hihi.. 

Dah lepas Zuhur baru lepak kat ruang tamu, duduk-duduk kat sofa sambil tengok Hanin dan Nafisa main. Tetiber tertengok kat meja kopi, eh surat apa sampai pakai CityLink ni? (Actually memang habit Olin bila balik kampung,sebelum balik KL semula, mesti tengok surat-surat. Mana tahu ada surat untuk diri sendiri. Sebab alamat tetap kat kampung. Surat cinta je tak pernah sampai. Ahaks!)

Debor wei nak bukak sampul surat tu. Hati dah bunga-bunga tapi cover line baikk punya. Bukak, baca, sengih. Alhamdulillah tu offer letter from UKM. Suruh daftar 3rd Sept nanti. Terus lari pergi dapur tunjuk mak, lepas tu tunjuk abah pulak. Excited sangat lah kann..

Ni lah suratnya. Tak terkata syukurnya Alhamdulillah

So apa yang Olin diberitahu, kelas akan start end of September ni InshaaAllah. Takpelah, papehal pun I still have to register first and book slot for classes with the best lecturers and the best timetable. Sebab nak fit in dengan jadual bisnes sedia ada ni. Hihihi.. Thats the best thing about this business, I can be flexible, working anytime anywhere since its online.

Zaman dah maju dahh. Ada smartphone? Ada internet? Dah boleh berniaga dahh. Modal rm50 jer pun registration fee. Alahai dah mudah sangat dah tu ?

JOIN US TODAY!!

Whatsapp +60133907218

So bila olin selak-selak documents enclosed with the offer letter, ada form yang doktor kena isi

Nak sambung belajar pun kena buat medical check up ke?

Bab medical check up ni je Olin boleh buat satu entry. Hahah.. Nampak benor panjang ceritanya kan? Mengadaa hihi.. Takpelah, next entry Olin janji akan cerita. Tapi dengan syarat, uols janji baca.. hehe..

Okay lah…

xoxo,

signature olinsafura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Olin Safura
Olin Safura
A dreamer, hustler, mompreneur | Premium Beautiful lover since 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Whatsapp Me😄